KL CHRONICLE: MCA buktikan Dr. Mahathir Mudah Lupa dan Tidak Berprinsip

Friday, December 9, 2016

MCA buktikan Dr. Mahathir Mudah Lupa dan Tidak Berprinsip


Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang kini telah bekerjasama dengan DAP, Dr. Mahathir Mohamad nampaknya sudah lupa akan jasa dan sumbangan Malaysian Chinese Association (MCA) kepada beliau ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika ini, bagi Dr. Mahathir DAP adalah parti yang "terbaik" dalam negara ini kerana hanya DAP sahaja yang boleh membantu beliau dalam memastikan keluarga beliau (Dr. Mahathir) terus kekal relevan dalam dunia politik negara.




Baru - baru ini, Dr. Mahathir telah mengejutkan ramai pihak apabila dalam blog beliau bertajuk  “Associating With Thieves”, Dr. Mahathir telah membidas MCA kerana masih bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Lebih buruk lagi, Dr. Mahathir telah melabel MCA sebagai sebuah parti yang tidak berprinsip kerana terus kekal dalam Barisan Nasional yang dipengerusikan Perdana Menteri. 

Bagi kami di #KLChronicle, kata - kata Dr. Mahathir ini adalah hanya suara orang tua yang kecewa apabila perjuangan peribadi beliau untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak tidak mendapat sokongan parti - parti komponen Barisan Nasional. Memandangkan tiada siapa dalam parti komponen BN yang menyokong beliau, Dr. Mahathir kini terpaksa merayu bantuan dari musuh beliau iaitu Lim Kit Siang. 

Untuk membuktikan bahawa beliau berguna kepada Lim Kit Siang, Dr. Mahathir menyerang MCA dan mengatakan bahawa MCA konon nya sebuah parti yang tidak "berprinsip". Kami di #KLChronicle langsung tidak bersetuju dengan fitnah Dr. Mahathir ini dan bagi mengingatkan beliau tentang sumbangan dan jasa MCA kepada beliau, kami di #KLChronicle ingin memetik kata - kata Setiausaha Agung MCA Dato'  Seri Ong Ka Chuan:

"Disaat UMNO diharamkan oleh mahkamah, MCA berdiri teguh dan setia bersama nya (Dr. Mahathir)"

Bagi mereka yang tidak tahu, ketika UMNO diharamkan, Presiden MCA ketika itu, Tun Dr. Ling Liong Sik telah menjadi Pengerusi Barisan Nasional sekaligus menjadikan beliau Perdana Menteri Malaysia. Jika MCA sebuah parti yang tidak berprinsip, sudah pastinya mereka tidak akan memberikan kerusi Pengerusi BN & Perdana Menteri. Oleh yang demikian, fitnah Mahathir bahawa MCA tidak berprinsip adalah tidak tepat sama sekali.

Nasihat kami kepada Dr. Mahathir, beliau lah yang sebenarnya tidak berprinsip dan mudah lupa apabila dulu beliau kritik dan berlawan dengan DAP, tapi kini beliau duduk satu kerusi dengan mereka. Kenapa? 

1 comment:

Unknown said...

RAKYAT M'SIA PERLU FAHAM BAHAWA MAHATHIR SEKARANG TINGGAL DI RUMAH "TERBLIK" SEBAB ITU SEMUA KATA - KATA /TINDAKAN TANDUK /FIKIRAN /PANDAGAN POLITIK BELIUA SUDAH TERBAILIK KOT. BILA DIA MATI KELAK SURAH DAP URUSKAN JENAZAH DIA.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget