KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : #DemiRakyat Malaysia komited mencari pesawat #MH370

Thursday, December 22, 2016

@LiowTiongLai : #DemiRakyat Malaysia komited mencari pesawat #MH370


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) terus komited untuk mencari pesawat MH370 dan akan bekerjasama dengan negara - negara lain dalam misi pencarian tersebut. Ini sekaligus menyangkal fitnah pembangkang yang konon nya Malaysia tidak akan menyambung misi pencarian MH370 selepas fasa pertama tamat. 



Memetik kenyataan Yang Berhormat Menteri, kerajaan Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara - negara lain dalam usaha mencari MH370 dan adalah menjadi aspirasi kerajaan supaya misi ini berjaya dengan jayanya. Bagi kami di #KLChronicle pula, selepas hampir bertahun insiden ini berlaku, kerajaan tidak pernah sesekali cuba mengabaikan keluarga mangsa nahas atau pun menghentikan misi pencarian ini. 

Malah sehingga hari ini, kos pencarian MH370 sudah mencecah AUD 200 juta (Hampir RM 600 juta) dimana kos ini ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini menolak terus fitnah pembangkang yang mengatakan Malaysia hendak bankrap dan tidak mempunyai duit walhal kerajaan kita berbelanja dengan besar sekali dalam misi pencarian pesawat MH370 ini. 

kami juga berharap keluarga mangsa nahas terus berdoa agar misi pencarian ini membuahkan kejayaan dan keluarga mangsa dapat "closure" daripada insiden ini. Kementerian Pengangkutan dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai sentiasa komited dalam menyelesaikan masalah ini dimana setiap kali ada pertemuan bangkai pesawat, Kementerian akan menghantar wakil sama ada dari MOT atau pun DCA. 

Konklusinya, kami sekali ingin menegaskan bawa kerajaan terus komited dalam mencari pesawat MH370 dan diharap rakyat Malaysia tidak termakan dengan fitnah jijik pihak pembangkang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget