KL CHRONICLE: Kini Veteran UMNO Pula Bidas Dr. Mahathir

Wednesday, December 28, 2016

Kini Veteran UMNO Pula Bidas Dr. Mahathir


1. Veteran UMNO Malaysia meminta supaya kerajaan tidak melayan royanan (meroyan) Tun Mahathir dalam apa isu sekali pun yang melibatkan kerajaan. Tun Mahathir sengaja mereka cerita sensasi seperti BRIM itu haram dan rasuah semata-mata untuk mendapat perhatian dan publisiti murahan. 




Beliau sengaja berbuat demikian dengan tujuan mahu mendapat reaksi dari pihak kerajaan dan sekali gusm UMNO. Apabila kenyataannya mendapat reaksi, maka itu adalah satu kemenangan kepadanya. Biarkanlah dia terus meroyan dan merapu bagi memenuhi sisa-sisa kehidupannya yang tinggal tidak berapa lama lagi itu.

2. Veteran yakin rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau yang tidak habis-habis menyerang dan memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO. Beliau sebenarnya kecewa dengan kegagalannya untuk menjatuhkan Najib dan paling kecewa apabila partinya (PPBM) yang baru ditubuh dilanda masalah kepimpinan. Jadi untuk mengalih isu dalaman PPBM beliau tiba-tiba mengeluarkan fatwa mengenai BRIM. Semenjak bila Tun Mahathir menjadi ahli majlis fatwa?.

3. Sebelum ini Tun Mahathir menuduh kerajaan menggadai negara ini kepada Cina dan berhutang dengan negara Cina apabila Najib berjaya mendapat pelaburan bernilai RM143 billion


4. Oleh itu Veteran berharap kerajaan dan kepimpinan UMNO jangan membuang masa melayan kerenah kebudakan dan ketidakmatangan Tun Mahathir. Teruskan program yang dirancang untuk kepentingan rakyat dan negara.

Sekian.

DATUK HJ MUSTAPHA YAAKUB
Setiausaha Agung
Veteran UMNO Malaysia.

27 Disember, 2016.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget