KL CHRONICLE: Fitnah @RafiziRamli terhadap SPAD gagal

Monday, December 19, 2016

Fitnah @RafiziRamli terhadap SPAD gagal



Pemimpin pembangkang yang sudah 5 kali dijatuhkan hukuman bersalah kerana memfitnah, Rafizi Ramli sekali lagi gagal dalam memfitnah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam isu projek Mass Rapid Transit (MRT). Selepas Perdana Menteri mengumumka fasa 1 projek MRT laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) siap sepenuhnya dengan 2 minggu lebih awal, dan RM 2 billion lebih murah dari bajet yang diberi, Rafizi Ramli nampaknya tidak senang duduk.



Ini kerana pada Tahun 2012, Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa projek keseluruhan MRT konon nya akan mencecah RM 100 billion. Kenyataan beliau ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberikan persepsi yang negatif dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Namun, fitnah ini seperti biasa tidak disertai dengan sebarang bukti dan hanya dilakukan untuk menghasut rakyat. 





Mungkin ramai yang tidak sedar, namun Rafizi Ramli sendiri pernah mengakui bhawa tugas utama pihak pembangkang adalah untuk menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Lihat sahaja video diatas dimana pihak pembangkang tanpa rasa malu dan segan mengakui bahawa mereka hanya mahu tanam dalam minda rakyat untuk membenci kerajaan. Ini membuktikan mereka ini lebih minat berpolitik daripada berkhidmat untuk rakyat. 



Lebih lucu lagi, setelah sedar bahawa beliau kini sedang ditertawakan oleh rakyat Malaysia kerana telah terbukti kantoi memfitnah, Rafizi Ramli boleh pula menyalahkan kerajaan Malaysia dan SPAD kerana kononya tidak memberikan maklumat yang betul tentang projek MRT. Macam mana seorang Ahli Parlimen seperti Rafizi Ramli boleh gagal dalam mencari maklumat tentang projek MRT? 

Bagi makluman Rafizi Ramli, segala maklumat tentang projek MRT boleh didapati di internet. Tak kan benda yang mudah seperti ini pun Rafizi Ramli tidak tahu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget