KL CHRONICLE: @VellPaari dedah skandal penipuan jutaan ringgit Yayasan Usaha Ventures Malaysia

Saturday, November 26, 2016

@VellPaari dedah skandal penipuan jutaan ringgit Yayasan Usaha Ventures Malaysia



Kira - kira sejam yang lalu, Bendahari Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari telah mendedahkan satu skandal penipuan jutaan ringgit oleh Yayasan Usaha Venus Enterprise yang dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Dato' G.Gnanaraja and  Dato' Geethanjali. 









Lebih mengejutkan juga adalah pendedahan Datuk Seri S. Vell Paari ini juga membuktikan bahawa pasangan Dato' G.Gnanaraja and Dato' Geethanjali telah dengan tanpa izin menggunakan nama Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan isteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.




Pada sidang media yang diadakan tadi di Dewan NLFCS, Bangunan Peladang, Datuk Seri S. Vell Paari juga telah bawa bersama ratusan rakyat berbangsa Insia yang telah ditipu oleh pasangan ini. Ada diantara mereka yang sudah berusia lanjut dan kehilangan semua wang simpaman mereka kepada skim penipuan yang diketuai oleh Dato' G.Gnanaraja and Dato' Geethanjali.


Lebih menyedihkan ada diantara warga emas ini kini tidak mempunyai wang untuk meneruskan rawatan mereka di hospital akibat ditipu oleh pasangan yang tidak bertanggungjawab ini. Datuk Seri S. Vell Paari juga telah mendedahkan beberapa dokumen tentang Yayasan ini dan juga memberikan satu *audio file* yang merakam segala perbualan Dato' G.Gnanaraja dan merakam penipuan yang dilakukan oleh beliau. 

Akhir sekali, kami di #KLChronicle ingin mengucapkan tahniah & terima kasih kepada Datuk Seri. S Vell Paari kerana berani tampil kehadapan dan mendedahkan skandal penipuan yang dilakukan oleh Dato' G.Gnanaraja and  Dato' Geethanjali. Ini membuktikan bahawa Datuk Seri. S Vell Paari dan MIC mengambil berat akan permasalahan yang dihadapi masyarakat berbangsa India dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan ikhlas dan rasa tanggungjawab. 

*#KLChronicle*

3 comments:

Vasuthevan Palani said...

Bila pulak chronicle mahu mendedahkan penipuan MAIKA Holdings..??

Vasuthevan Palani said...

Bila pulak chronicle mahu mendedahkan penipuan MAIKA Holdings..??

Komarasamy Etikkan said...

MAIKA மூலம் பல்லாயிரம் ஏழை இந்தியர்கள் இழந்த கோடிக்கணக்கான பணத்திற்கு டத்தோஸ்ரீ சா வேல்பாரி பதில் சொல்வாரா? காலம் கடந்துவிட்டது மக்கள அதைப்பற்றி மறந்திருப்பார்கள எண்ணம் தானே உங்களுக்கு. #KLChronicle* நீங்தைகள் ஞாயவாதி உண்மைவாதி என்றால் அதைப்பற்றியும எழுதி உண்மையை வெளிப்படுத்த வேண்டும்

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget