KL CHRONICLE: Tokoh dan Ahli Parlimen Johor Datuk Ehsanuddin Kesal Kebiadapan Ahli Parlimen Kapar Manivanan Govin

Tuesday, November 1, 2016

Tokoh dan Ahli Parlimen Johor Datuk Ehsanuddin Kesal Kebiadapan Ahli Parlimen Kapar Manivanan Govin

Manivanan mengatakan wanita Malaysia bakal menjadi pekerja Seks seperti di Thailand

Sesi perbahasan Belanjawan Negara 2017 lewat malam semalam sekali lagi telah menyaksikan kebiadapan ahli parlimen pembangkang.

Kali ini, ahli parlimen Kapar, Manivanan Gowin pula cuba menyemarakkan api apabila menyebut pihak Kerajaan yang tidak mengawal kenaikan harga barang bakal mengakibatkan kanak-kanak menjual dadah di jalanan seperti di Brazil dan Mexico, manakala kaum wanita pula dikatakan bakal menjadi pekerja seks seperti di Thailand.



"Adakah Kerajaan Persekutuan ingin menunggu sehingga keadaan menjadi parah sehingga kanak-kanak kita menjual dadah di tepi jalan seperti di Brazil dan Mexico atau wanita kita menjadi pekerja seks seperti di Thailand," ujar Manivanan di dalam perbahasannya.

Ucapan ini telah membuatkan ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin untuk mencelah untuk mendesak supaya Manivanan menarik semula kata-katanya tersebut tetapi ditolak dengan biadap. Insiden tersebut telah mengakibatkan sedikit sesi bertikam lidah antara kedua-dua ahli parlimen tersebut.

Malang sekali apabila di akhir perbahasan Manivanan, beliau telah mencabar Ehsanuddin sekiranya anak jantan, maka jumpa beliau di luar walaupun ketika itu Ehsanuddin telahpun meninggalkan dewan.

"Kalau anak jantan, keluar sekarang!" cabar Manivanan di akhir perbahasannya.

Datuk Noor Ehsanuddin apabila ditemui hari ini menjelaskan bahawa ahli Parlimen Kapar seorang yang biadap dan telah menyalahgunakan kekebalan sebagai seorang ahli parlimen untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya digunakan di dalam Dewan Rakyat.

"Kapar seorang yang biadap dan dia memanipulasikan keistimewaan immuniti itu sendiri,"

Apabila ditanyakan mengenai insiden yang berlaku di dalam Dewan Rakyat yang kononnya beliau cuba mengasari Manivannan, Ehsanuddin menjelaskan bahawa beliau cuma mahukan kepastian tentang cabaran Manivanan, tetapi telah dihalang oleh beberapa ahli Parlimen yang lain.

"Saya bukan mahu gaduh, sebab semalam saya tiada dalam Dewan. Jadi hari ini saya nak jumpa dia untuk bertanya betulkah dia cabar saya mengenai anak jantan itu," katanya.

Sebelum itu, terdapat beberapa kes yang mana ahli parlimen pembangkang telah menyalahgunakan kekebalan ahli parlimen untuk menyatakan fitnah, memanipulasi fakta dan membuat tuduhan palsu sewaktu dewan sedang bersidang yang kemudiannya dirujuk oleh media pro-pembangkang untuk menyebarkannya lagi kepada orang ramai.


http://klxpress.com.my/parlimen/19505-ehsanuddin-kesal-kebiadapan-ahli-parlimen-kapar.html

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget