KL CHRONICLE: Memorandum Persefahaman #ECRL dengan China, @weekasiongmp "sekolahkan" @DAPMalaysia

Friday, November 18, 2016

Memorandum Persefahaman #ECRL dengan China, @weekasiongmp "sekolahkan" @DAPMalaysia


Umum ketahui bahawa parti DAP merupakan antara pengkritik utama projek East Coast Railway Line (ECRL) yang kini cuba dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama kuasa besar ekonomi dunia iaitu negara China. Selain tidak mahu kawasan majoriti Melayu di Pantai Timur maju dan membangun, DAP juga memberikan persepsi negatif bahawa harga anggaran RM 55 billion merupakan satu angka yang "keterlaluan". 



Namun, seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa antara faktor sebenar DAP mempolitikkan ECRL adalah kerana mereka mahu mensabotaj pembangungan kawasan Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu supaya kerajaan membelanjakan wang di kawasan "tengah" Peninsular Malaysia iaitu di Johor Bahru, Melaka, Seremban, Lembah Klang, Ipoh dan Pulau Pinang. Namun, helah jijik DAP ini nampaknya tidak akan menjadi. 

Menyedari bahawa kritikan DAP ini tidak bertempat dan berniat jahat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah memberikan penjelasan secara terperinci tentang kos RM 55 billion yang dibangkitkan oleh DAP.  Memetik kenyataan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong:

Beliau berkata walaupun anggaran kos projek 600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan itu adalah kira-kira RM55 bilion, kos akhir belum dimuktamadkan kerana ia melibatkan banyak pihak berbeza.
"Apabila kita bercakap mengenai satu memorandum persefahaman (MOU), ia bukan sekadar satu kontrak atau perjanjian semata-mata, sebagai contoh, ia tidak memperinci spesifikasi teknikal projek secara khusus.
"Sehingga mereka memuktamadkan dan mempersetujui segala butiran, rangka kerja akan diterjemahkan kepada kontrak sebenar. Saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab," 
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ada benarnya. RM 55 billion merupakan satu estimate kasar tentang harga kos mungkin berdasarkan pengalaman syarikat gergasi China melakukan projek sedemikian di negara lain. Selain itu, sudah pastinya apabila kerajaan menandatangani MOU dengan China dan jumlah harga kasar projek adalah dianggarkan pada RM 55 billion, sudah pasti ini juga hampir dengan anggaran yang dilakukan oleh kerajaan.

Kami melihat sikap pembangkang ini sama seperti zaman Dr. Mahathir dulu. Semasa Dr. Mahathir melakukan Lebuhraya Utara Selatan, KLIA, KLCC dan Putrajaya pembangkang mengatakan ini semua merupakan satu pembaziran namun kini mereka jugalah yang bekerjasama dengan Dr. Mahathir dan tergilakan Putrajaya. Ini menunjukkan pihak pembangkang sebenarnya hanya bermain politik dan ingin mensabotaj segala projek yang dilakukan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget