KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : #Bersih5 tiada matlamat jelas dan hanya bermotifkan politik

Sunday, November 20, 2016

@LiowTiongLai : #Bersih5 tiada matlamat jelas dan hanya bermotifkan politik


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini telah membidas Non - Governmental Organization (NGO) pembangkang, #Bersih5 yang dilihat tidak mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa "flip flop" dalam perjuangan mereka. Malah, menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, perjuangan #Bersih5 hanyalah bermotifkan politik semata - mata dan tidak ada kena - mengena langsung dengan kesejahteraan rakyat. 



Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai ada benarnya. Ini kerana, jika dilihat dari sejarah #Bersih, mereka sememangnya langsung tidak konsisten dalam perjuangan mereka. Pada awal pergerakan #Bersih, mereka konon nya berjuang untuk pilihan raya yang "bersih" dan "telus" walaupun pihak pembangkang ketika itu menang di lima (5) negeri. 

Selepas itu, mereka berdemo lagi mahu membebaskan Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat pembantu beliau Saiful Bukhari Azlan. Kemudian, mereka berdemo sekali lagi membantah pengenalan GST oleh kerajaan dan pada tahun lepas sekali lagi mereka berdemo secara haram dalam isu derma dari kerajaan Arab Saudi. 

Akhir sekali, pada tahun ini mereka berdemo mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan pula atas isu 1MDB dan pelbagai isu lain yang langsung tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan.  Ini lebih bersifat peribadi dan berunsurkan politik bagi memastikan Dr. Mahathir dan konco - konco beliau merampas tampuk pemerintahan negara supaya anak beliau dapat menjadi Perdana Menteri. 


Secara konklusinya, kami di #KLChronicle melihat bahawa NGO #Bersih, dan juga parti yang mengetuai mereka iaitu DAP hanya sibuk berpolitik tanpa menghiraukan masalah yang berlaku di negeri pembangkang, terutamanya di Pulau Pinang. DAP, dengan negeri Pulau Pinang yang hampir setiap hari banjir tapi tidak melakukan apa - apa selain berpolitik siang dan malam telah menghancurkan harapan rakyat terutamanya masyarakat berbangsa Cina yang menyokong mereka 100%.

Namun alangkah bernasib baiknya masyarakat berbangsa Cina kerana mereka mempunyai parti MCA yang walaupun tewas tapi terus konsisten bekerja demi rakyat. Ini terbukti dengan program - progam yang dilakukan oleh MCA untuk membantu masyarakat Cina dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong. Akhirnya, sokongan masyarakat Cina nampaknya telah kembali kepada BN dan ini terbukti di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dan akhir sekali PRN Sarawak. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget