KL CHRONICLE: @JDhinaPG : Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hanya untuk meraih undi masyarakat India, tiada kuasa dibawah DAP

Wednesday, November 9, 2016

@JDhinaPG : Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hanya untuk meraih undi masyarakat India, tiada kuasa dibawah DAP


*Kenyataan Media*
*J. Dhinagaran*
*Malaysian Indian Congress (MIC)*
*Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)*

1. Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini terpalit dengan skandal rasuah, Lim Guan Eng mengejutkan ramai pihak di Pulau Pinang apabila beliau mengumumkan bahawa Chow Kon Yeow bakal menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri jika beliau dipenjarakan atas tiga pertuduhan iaitu Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 165, Kanun Keseksaan dan kerana menghina mahkamah. 




2. Pengumuman Lim Guan Eng bahawa Chow Kon Yeow bakal menggantikan beliau merupakan *satu tamparan hebat kepada kredibiliti* Timbalan Ketua Menteri sekarang, iaitu Profesor P. Ramasamy. Sebagai Timbalan Ketua Menteri, Profesor P. Ramasamy sepatutnya menjadi Ketua Menteri menggantikan Lim Guan Eng tetapi kini beliau diketepikan untuk memberi laluan kepada Chow Kon Yeow. 

3. Pada pendapat saya, keputusan Lim Guan Eng ini membuktikan bahawa beliau (Guan Eng) *tidak yakin akan kebolehan Profesor P. Ramasamy untuk mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang dengan prinsip Competency, Accountability dan Transparency (C.A.T)* yang selalu dilaungkan oleh parti DAP. Adakah ini menunjukkan bahawa Profesor P. Ramasamy sebenarnya tidak kompeten dan hanya memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri atas kapasiti politik dan bukan kebolehan beliau sendiri?

4. Selain itu, tindakan Lim Guan Eng memilih Chow Kon Yeow juga membuktikan *bahawa kebolehan masyarakat India tidak dipandang tinggi oleh pemimpin – pemimpin tertinggi DAP* untuk jawatan penting didalam kerajaan negeri. Ahli parti berbangsa India hanya digunakan untuk berkempen ketika Pilihan Raya Umum (PRU) dan untuk meraih undi masyarakat India namun jawatan penting diberikan kepada mereka yang lain. 

5. Konklusinya, jika Chow Kon Yeow layak untuk diberi jawatan sebagai Ketua Menteri menggantikan Lim Guan Eng, *mengapa beliau tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri selepas PRU* yang lepas dan jawatan itu diberikan kepada Profesor P. Ramasamy?

6. Ini membuktikan *jawatan Timbalan Ketua Menteri yang diberikan kepada Profesor P. Ramasamay  sebenarnya hanyalah satu “wayang kulit”* untuk untuk meraih undi masyarakat India, namun tiada kuasa dibawah pemerintahan Lim Guan Eng. 

7. Akhir sekali,saya masih menunggu Profesor P. Ramasamy mengambil tindakan disiplin terhadal ahli DAP,  Satees Muniandy yang juga merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana telah menghina Duli Yang Maha Mulai (DYMM) Tuanku Sultan Johor. Adakah Profesor P. Ramasamy setuju dengan tindakan biadap Satees Muniandy ini? 

*Tamat*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget