KL CHRONICLE: Dulu @AnwarIbrahim Tuduh 40,000 Bangla, Kini Mahathir Tuduh 700,000 Orang China Bakal Pengundi PRU14

Tuesday, November 29, 2016

Dulu @AnwarIbrahim Tuduh 40,000 Bangla, Kini Mahathir Tuduh 700,000 Orang China Bakal Pengundi PRU14

Dah ludah, jilat balik
Beberapa tahun lepas, ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh menerima hakikat kemenangan Barisan Nasional (BN) telah membuat tuduhan bahawa seramai 40,000 orang Bangladesh telah dibawa masuk untuk dijadikan sebagai pengundi.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sehingga kini tuduhan itu tidak dapat dibuktikan pun.



Kini, ketika debaran PRU ke-14 semakin hampir, tuduhan sama dibuat tetapi kali ini melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menuduh 700,000 warga China akan dibawa ke Forest City, Johor Bahru.

Mahathir berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Krubong Melaka pada 26 November 2016.

Dr. Mahathir mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari baru-baru ini bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api, tetapi turut berunding untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City sebuah bandar baru yang dibina di Johor Baharu. 

Warga China ini kononnya akan diberikan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Kalau diikutkan akal, memang tidak lojik langsung dakwaan itu, dengan sebegitu ramai orang, agak-agaknya muat ke Forest City untuk menampungnya?

Tetapi bagi golongan yang cepat terpengaruh dengan dakyah seperti ini, tuduhan itu dilihat sebagai sesuatu yang akan berlaku.

Begitulah kalau pendek akal, apa sahaja yang dikatakan akan ditelan bulat-bulat tanpa sebarang tapisan. Entah dari mana datangnya asas dan bukti untuk Dr. Mahathir berkata demikian, tetapi disebabkan ada segelintir rakyat Malaysia yang suka dengan cerita karut seperti itu, maka beliau tidak kisah untuk membuat fitnah berkenaan, walaupun jelas ia memperbodohkan akal fikiran seseorang.

Bayangkan, untuk bawa 40,000 Bangla sahaja untuk dijadikan sebagai pengundi, kerajaan perlu menyediakan 1,000 pesawat untuk mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). 

Jika 700,000 orang China, berapa banyak pula pesawat yang perlu disediakan?

Mengikut perkiraan mudah, jika menggunakan pesawat Airbus A380, mungkin lebih seribu pesawat diperlukan. Untuk rekod, sebanyak 319 Airbus A380 telah ditempah oleh pelanggan di seluruh dunia dengan 198 daripadanya telah diserahkan kepada 13 pelanggan, sehingga Oktober lalu. 

Jadi bagaimana mahu menyediakan lebih 1,000 pesawat A380 untuk membawa masuk pengundi hantu itu?

Nampak sangat tuduhan fitnah itu berniat jahat dan Dr. Mahathir cuba mencari sesuatu yang sensasi walaupun ia jauh daripada fakta sebenar demi kepentingannya. Jika perkara itu boleh dilaksanakan, kenapa beliau tidak mengimport pengundi hantu untuk merampas Kelantan dari PAS ketika era pemerintahannya dulu?.

Kepada rakyat yang mudah terpedaya dengan apa yang keluar dari mulut Dr. Mahathir ini, silalah berfikir dengan logik. Berapa lama masa yang diperlukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat 700,000 kad pengenalan itu?

Berapa lama pula masa yang diperlukan oleh SPR untuk mendaftar mereka sebagai pengundi? Jumlah yang difitnah itu adalah 700,000, bukannya 700 atau 7,000 orang. 

Janganlah kita cepat sangat terpedaya. Lain kali kalau beliau menyatakan demikian ketika sedang berceramah, bangunlah dan minta Dr. Mahathir memberikan bukti-buktinya, bukan sekadar cakap-cakap sahaja.

Ini kerana tuduhan itu sangat-sangat menghina akal pemikiran yang waras. Mahathir sudah mula mengarut yang bukan. 

Apa sahaja cara sekarang mahu digunakannya untuk jatuhkan Najib. Nampak sangatlah politik "Super Ego" Machiavelli Mahathir. Semuanya dihalalkan untuk capai matlamat akhirnya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget