KL CHRONICLE: #DemiRakyat Produk @SPADChannel Bas #GoKL semakin mendapat sambutan

Sunday, November 20, 2016

#DemiRakyat Produk @SPADChannel Bas #GoKL semakin mendapat sambutan



Syabas dan tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana salah satu produk mereka, iaitu perkhidmatan bas percuma #GoKL kini telah menjadi satu mod pengangkutan awam darat yang digemari oleh rakyat dan juga pelancong. Ini terbukti apabila sepanjang 4 tahun beroperasi, jumlah penumpang harian bas #GoKL telah meningkat dengan mendadak dari 8,450 sehari kepada hampir 40,000 pada tahun 2015. 




Bagi kami di #KLChronicle, perkhidmatan bas percuma seperti #GoKL oleh SPAD merupakan satu contoh pemikiran "out of the box" dari sebuah suruhanjaya dibawah kerajaan.Ini kerana, siapa sangka kerajaan melalui SPAD dapat memberikan satu perkhidmatan secara percuma kepada puluhan ribu orang dalam masa satu hari. Malah orang ramai akan berfikir bahawa kos operasi perkhidmatan ini akan menjadi terlalu tinggi sehingga akan membebankan kerajaan.  


Namun, sebaliknya telah berlaku. Bila SPAD melancarkan perkhidmatan percuma bas #GoKL ini, perniagaan di sekitar kawasan Central Business District (CBD) iaitu di Bukit Bintang, Pasar Seni dan kawasan sekitar juga menerima "tempias" dan mencatat keuntungan yang memberangsangkan. Ini sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi peniaga di sekitar kawasan CBD kerana bas #GoKL ini juga menjadi antara perkhidmatan yang digemari oleh pelancong kerana ianya PERCUMA dan PRAKTIKAL.  

Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN melalui SPAD cuba sedaya upaya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara dengan menawarkan perkhidmatan secara "out of the box" supaya ianya mewujudkan a "win - win" situation bagi semua pihak. Lebih menarik lagi, perkhidmatan bas percuma ini akhirnya di "copy" atau di "tiru" oleh kerajaan Selangor dibawah Menteri Besar Azmin Ali. 

Konklusinya, SPAD telah membuktikan bahawa mereka mampu untuk berfikir "outside of the box" dalam menyelesaikan beberapa masalah pengangkutan awam darat di negara ini. Penyelesaian ini sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Pembangkang pula telah membuktikan bahawa mereka hanya tahu copy sahaja apa yang dilakukan kerajaan BN. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget