KL CHRONICLE: #DemiRakyat Kerajaan Perak minta Produk SPAD MyBas Tambah Laluan Tahun Depan

Tuesday, November 22, 2016

#DemiRakyat Kerajaan Perak minta Produk SPAD MyBas Tambah Laluan Tahun Depan

Bas baru dan bersih yang diperkenalkan oleh SPAD
Menyedari hakikat bahawa perkhidmatan MyBAS Perak, satu inisiatif yang diilhamkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di Perak memberikan hasil yang baik dan membantu ramai rakyat di negeri ini, ADUN Manjoi YB Mohammad Ziad memhohon kepada kerajaan negeri Perak supaya menambahkan laluan perkhidmatan MyBAS ini ke kawasan beliau dan kawasan lain yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


Bagi kami di #KLChronicle, permintaan ini membuktikan bahawas usaha SPAD meningkatkan mutu pengangkutan awam darat telah berjaya. Ini kerana, rakyat serta wakil rakyat dari negeri ini telah melihat keberkesanan program ini dan merasakan ianya sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat. Bagi mereka yang tidak tahu, pada bulan Jun tahun ini, SPAD telah memperkenalkan Fasa 1 perkhidmatan MyBAS yang merangkumi 4 laluan utama iaitu:
  1. Stesen Bas Ipoh - Terminal Amanjaya
  2. Stesen Bas Ipoh - Chemor
  3. Stesen Bas Ipoh - RTC Gopeng
  4. Terminal Amanjaya - Stesen Bas Ipoh

Kembali kepada permintaan YB Mohammad Ziad, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon (BN Chenderian) telah menjawab bagi pihak kerajaan negeri bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menilai keberkesanan rangkaian yang sedia ada. Ini bagi kami di #KLChronicle merupakan satu perkembangan yang positif dimana permintaan ini akan dikaji oleh SPAD  dan satu keputusan win - win akan dicapai antara SPAD dan kerajaan negeri. 

Ini sekaligus membuktikan Transformasi Pengangkutan Awam yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah mencapai sasaran beliau. Ini kerana rakyat di setiap negeri kini telah merasai program Transformasi yang dibawa oleh kerajaan dimana kualiti hidup mereka telah meningkat. Di Perak umpamanya, perkhidmatan MyBAS telah membantu ribuan penduduk menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih mudah. 

Konklusinya, kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri merupakan kerajaan yang terbaik bagi rakyat di negara ini. Kerajaan BN merupakan satu kerajaan yang mengambil berat akan permasalahan yang dihadapi rakyat dan berusaha untuk memastikan masalah rakyat dapat diatasi dengan efisien dan pantas. Adakah ini dilakukan oleh pihak pembangkang? Tidak perlu pergi jauh. Di Pulau Pinang, hampir setiap hari banjir dan di Selangor hampir setiap hari tiada air. Apakah yang telah kerajaan negeri lakukan untuk mengatasi masalah ini? 

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan MyBAS Perak boleh didapati di link berikut:




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget