KL CHRONICLE: Beranikah pengkhianat seperti Maria Chin Anjur BERSIH 6 Selepas Ini?

Tuesday, November 22, 2016

Beranikah pengkhianat seperti Maria Chin Anjur BERSIH 6 Selepas Ini?


Himpunan BERSIH 5 anjuran Maria Chin dan sekutunya telah pun berlalu tanpa sebarang impak atau pun faktor “Big Bang” yang di kehendaki oleh pihak penganjur.

Sebaliknya ia menjadi bahan ketawa dan jenaka.

Himpunan yang disangka akan merubah landskap politik negara berlalu begitu sahaja.

Sebaliknya kisah sedih dan pilu berkenaan kesihatan Maria Chin yang menjadi berita “follow up”.



Paling jenaka sekali adalah apabila anak dan sahabat Maria Chin bercerita berkenaan buruknya keadaan "lock-up" di mana Maria ditahan.

Mungkin mereka terlupa bahawa itu adalah bilik tahanan untuk semua orang , dan ia bukan hotel 5 bintang.

Paling kita tidak boleh tahan adalah betapa prihatin sahabat Maria menceritakan kesihatan Maria , di mana ketika Maria aktif mahu menjana peserta dan berurusan mahu mengadakan Bersih 5 isu kesihatan tidak timbul langsung.

Ketika itu Maria Chin sihat belaka. Bila di rehatkan dalam bilik tahanan barulah Maria tidak sihat. Dah jadi drama kerusi roda dan sakit pinggang Anwar Ibrahim dah.

Kami rumuskan jika sihat untuk melakukan anarki, maka sihatlah untuk di tahan di "lock-up".

Sebenarnya B5 adalah satu kegagalan dan merupakan satu referendum untuk mereka mereka yang masih ada hati untuk melakukan perkara yang seumpamanya.

Mereka terlupa tempat terbaik dan halal untuk menguji pilihan rakyat adalah Pilihanraya.

Peliknya ketika pilihanraya pun mereka bersungguh sungguh berkempen untuk menjatuhkan parti pemerintah, tetapi di waktu sama mereka masih mahu juga mengadakan himpunan BERSIH 5.

Malah , lebih teruk apabila pilihanraya yang menyebabkan ramai ahli mereka menjadi Menteri Besar dan Ketua Menteri serta  ahli Parlimen dikira datang dari pilihanraya yang mereka dakwa sebagai kotor.

Pelik tapi benar. Itulah taraf pembangkang di Malaysia. Dan akhirnya bekas Pengerusi SPR juga adalah ahli kepada salah satu parti dalam Pakatan mereka.

Apa motifnya kita pun tidak tahu memandangkan sudah 5 kali dianjurkan, tetap tiada perubahan dan hasil datang dari himpunan sebegitu.

Benar agaknya andaian setengah pihak bahawa Bersih 5 perlu dilakukan atas sebab pihak pendana mahu melihat kesungguhan sebelum menaburkan banyak lagi dana untuk pembangkang bagi kerja Pilihanraya.

Nyata sekali pembangkang gagal di pilihanraya seperti di Sarawak, PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar , dan gagal juga di jalanraya.

Kegagalan Bersih 5 berganda kerana dengan penyertaan Tun Mahathir pun masih gagal lagi.

Sepatut jumlahnya bertambah apabila pembenci Najib dari pihak Pakatan bergabung dengan pembenci Najib dari pihak Tun Mahathir.

Namun jumlahnya meleset dan menguncup. Atas sebab ini maka sah lah mereka sudah ditolak oleh rakyat.

Akhirnya Maria duduk ditempat yang sesuai untuk nya iaitu dalam tahanan. Di bawah akta SOSMA.

Akta sudah wujud sebelum Maria Chin disumbatkan ke dalam.

Jadi kata kata dia teraniaya atau dizalimi itu hanya laku pada ceramah di pasar malam sahaja.

Seperti yang dikata kan oleh anak Maria ia itu Azumin , bahawa mereka akan membuat aduan kepada Bangsa Bangsa Bersatu, dipersilakan.

Jangan hanya lapor ketika ditahan, lapor juga sebab apa ditahan.

Polis hanya menjalankan tugas, yang ditahan itu mungkin ibu kepada Azumin, tetapi di sisi Polis dia adalah “suspect” kepada beberapa tuduhan , undang undang tidak kenal ibu, bapa atau anak, undang undang hanya “relate” kepada kesalahan pelaku.

Setelah BERSIH5 ditolak oleh rakyat , beranikah Maria Chin dan kuncu anjurkan Bersih 6 pula?

Kalau ikut kitab Dr Gene Sharp, "From Dictactorship to Democracy", dalam Grand Desing untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan perlu "build up three phase of movement until election day".

Sama seperti PRU yang lepas, ada tiga kali Bersih. Tidak mustahil kali ini akan ada Bersih 6 pada 2018 atau ketika malam sambutan Tahun Baru 2018 di Kuala Lumpur.

Beranikah Maria Chin buat lagi?

Tulisan :
Beruang Biru
BB146, Selasa
22 November 2016

1 comment:

Mohd Jamil said...

High dollar..high stake...dollar grabber... new law on ngo fund required...to avoid..explotation of mindless people..if not retarded...hightime to act...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget