KL CHRONICLE: ZAHRIN YASSIN PEMBOHONG BESAR

Sunday, October 16, 2016

ZAHRIN YASSIN PEMBOHONG BESAR


Kami Badan Perhubungan Kelab UMNO Indonesia menafikan sekeras kerasnya fitnah besar Sdr Zaharin Yassin yang mendakwa dialog pelajar Indonesia bersama Arul Kanda CEO 1MDB adalah anjuran JASA Malaysia. 




Ia sebenarnya adalah anjuran bersama Biro Pelajar Luar Negara UMNO Malaysia dengan Badan Perhubungan KULN Indonesia. DS Reezal Merican hadir kerana beliau adalah Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO manakala Tun Faisal hadir sebagai Setiausaha 2 Biro berkenaan.

Kami pelajar Malaysia di luar negara amat dahagakan penjelasan isu isu semasa dan kehadiran Arul Kanda banyak mendatangkan manafaat kepada kami daripada mendengar fitnah fitnah tidak berasas termasuk daripada orang seperti Zaharin Yassin sendiri.

Apa yang kami kesalkan ialah ialah Zahrin Yassin memadamkan dan membuat blocking penjelasan kami. Ternyata beliau tidak rasional, suka membuat tuduhan palsu dan memfitnah apatah lagi kepada pelajar di luar negara. Apa pun kami tidak perlu orang seperti Zahrin yang hanya memandai mandai untuk membuat komen kebudak budakan tersebut. 

Jangan pergunakan kami dan jangan mengaitkan kami dengan fitnah saudara. Sebagai orang tua, sepatutnya didiklah kami dengan adab dan kesopanan bukannya fitnah.

BADAN PERHUBUNGAN KELAB UMNO LUAR NEGARA INDONESIA.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget