KL CHRONICLE: (video) LRT 3 : Transformasi Pengangkutan Rel ke Kawasan Barat Lembah Klang @AzmiAziz60 @NajibRazak

Wednesday, October 12, 2016

(video) LRT 3 : Transformasi Pengangkutan Rel ke Kawasan Barat Lembah Klang @AzmiAziz60 @NajibRazak



Light Rail Transit Line three (LRT - 3), satu projek bernilai RM 9 billion ringgit yang diilhamkan oleh kerajaan Barisan Nasional kini sudah bermula. Projek LRT - 3 ini bakal menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang dimana dianggarkan hampir 2 juta orang akan menggunakan perkhidmatan ini menjelang Tahun 2020. Projek ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh  Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana). 



Dibawah kepimpinan Datuk Azmi Abdul Aziz, yang merupakan CEO Prasarana, kami di #KLChronicle telah melihat Prasarana berkembang dengan sangat pesat dan segala perubahan yang dibawa oleh Datuk Azmi Abdul Aziz ke dalam syarikat kini dilihat membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan. Malah, dari segi "monetization of asset", Prasarana juga dilihat bijak menggunakan stesen mereka untuk menjana pendapatan sampingan bagi syarikat. 


Kembali kepada LRT - 3, terdapat 5 buah stesen integrasi yang direka untuk memastikan ianya memudahkan, bersesuaian dan bertepatan dengan perjalanan yang baik untuk menghubungkan penumpang menerusi jajaran sistem rel sedia ada.

• Stesen 1: Integrasi di MRT Bandar Utama
• Stesen 7: Integrasi di Kelana Jaya Line 
• Stesen 10: Integrasi di BRT Federal Line
• Stesen 13: Integrasi di BRT Federal Line 
• Stesen 20: Integrasi di KTM Komuter Port Klang Line

Menyedari kepentingan projek LRT - 3 ini, Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional telah memberikan amanah untuk memastikan projek ini berjaya kepada Prasarana dan barisan kepimpinan yang diterajui oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.Ini merupakan satu "endorsement" kepada kepimpinan Datuk Azmi Abdul Aziz dan barisan kepimpinan beliau. 

Kami di #KLChronicle yakin dengan kebolehan Prasarana untuk memastikan projek LRT - 3 ini disiapkan on-time, on-schedule and safely sejajar dengan standard syarikat - syarikat pengangkutan rel terbaik di dunia. Good Luck!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget