KL CHRONICLE: @VellPaari : Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat beragama Hindu

Friday, October 28, 2016

@VellPaari : Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat beragama Hindu


*Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat beragama Hindu di Malaysia*

Masyarakat beragama Hindu di seluruh negara akan menyambut perayaan Deepavali dan pada kesempatan ini juga saya dan keluarga tercinta ingin mengambil peluang untuk mengucapkan *Selamat Hari Deepavali* kepada semua masyarakat beragama Hindu di Malaysia.



Saya juga berharap perayaan kali ini membawa kegembiraan kepada semua masyarakat beragama Hindu dan dijadikan sebagai satu peluang bagi sanak saudara dan keluarga untuk melawat antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama kita. 

Akhir sekali, saya berharap masyarakat berbangsa Hindu di negara ini dapat kembali bersatu dan mengurangkan pertelingkahan sesama kita. Ini kerana pergaduhan diantara kita tidak akan membawa apa - apa kebaikan malah akan merugikan kita. Hari Deepavali ini merupakan masa yang baik untuk kita kembali bersatu dengan satu suara demi masyarakat kita.

Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget