KL CHRONICLE: @VellPaari : Peguam @AnwarIbrahim, @KimMotleysLaw biadap dan kurang ajar

Saturday, October 15, 2016

@VellPaari : Peguam @AnwarIbrahim, @KimMotleysLaw biadap dan kurang ajar


*Kenyataan Media*
*Datuk Seri S. Vell Paari*

1. Peguam Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley nampaknya tidak hormat langsung akan protokol dan undang – undang di negara ini. Ini berikutkan tindakan biadap dan kurang ajar beliau yang cuba merempuh masuk ke Jabatan Perdana Menteri untuk berjumpa Datuk Seri Haji Najib bin Tun Abdul Razak. 




2. Persoalanya, apa istimewanya Kimberly Motley ini sehingga Perdana Menteri harus berjumpa dengan beliau yang dengan jelas hanya menyibuk dalam hal ehwal dalaman negara ini? Malah, jika di Amerika Syarikat pun, bukan sebegitu mudah untuk seorang peguam dari luar negara untuk pergi ke White House dan berjumpa dengan Presiden Obama. Malah belum tentu Kimberly Motley boleh berjumpa dengan Presiden Obama dengan hanya menulis satu surat. 

3. Sudah pastinya beberapa protokol dan proses keselamatan perlu dilalui terlebih dahulu. Malah belum pernah lagi dalam sejarah pentadbiran Presiden Obama ada peguam dari luar negara mahupun Kimberly Motley boleh pergi ke White House dan bertegas untuk berjumpa dengan presiden hanya dengan alasan telah menulis surat terlebih dahulu.

4. Kimberly Motley memberikan alasan yang dangkal untuk berjumpa Perdana Menteri, iaitu untuk memberitahu sesuatu kepada Perdana Menteri tentang kes Anwar Ibrahim (Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/359014). Untuk pengetahuan Kimberly Motley, Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk membebaskan Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri tidak campur tangan dalam urusan mahkamah.

5. Pertama sekali, Malaysia mengamalkan doktrin atau prinsip pengasingan kuasa dimana Malaysia membahagikan kuasa kepada tiga institusi iaitu Eksekutif; Parlimen; Kehakiman. Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib bin Tun Abdul Razak adalah Ketua Eksekutif negara. Beliau tidak boleh campur tangan dalam hal – hal melibatkan mahkamah kerana tindakan ini adalah bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan oleh Malaysia. 

6. Oleh yang demikian, peguam Anwar Ibrahim, Kimberly Motley ini sebarnya tidak faham akan prinsip undang – undang di negara ini dan mahu Perdana Menteri campur tangan dalam hal – hal mahkamah yang jelas melanggar perlembagaan negara. Persoalanya, mengapa beliau bertindak sedemikian? Untuk pengetahuan Kimberly Motley, perbicaraan Anwar Ibrahim sudah berpuluh kali ditangguh atas sebab yang tidak munasabah.

7. Konklusinya, saya ingin nasihatkan Kimberly Motley untuk balik ke negara beliau. Jangan cuba masuk campur akan hal-hal dalaman negara ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan kita tidak perlu seorang peguam Amerika Syarikat untuk memberitahu apa yang eksekutif ataupun mahkamah kita harus lakukan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget