KL CHRONICLE: Masalah Pencemaran Air Adalah Salah Kerajaan Negeri Selangor Sendiri

Friday, October 7, 2016

Masalah Pencemaran Air Adalah Salah Kerajaan Negeri Selangor Sendiri


Pencemaran air yang berlaku di Sungai Semenyih sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup dan menjejaskan hampir sejuta penduduk, sebenarnya adalah salah kerajaan negeri yang gagal menguruskan kilang-kilang di negeri ini.




Bayangkan, di sepanjang jajaran Sungai Semenyih, ada beratus kilang beroperasi di situ dengan  sebahagiannya adalah dari industri berasaskan cecair seperti minyak atau bahan kimia. Itu belum lagi kilang-kilang yang beroperasi secara haram di kawasan berkenaan.

Sepatutnya, kerajaan negeri yang menguruskan hal-hal perlesenan operasi kilang perlu menjalankan pemantauan agar kilang terbabit mematuhi peraturan sedia ada, bukan sewenang-wenangnya membuang bahan tercemar ke dalam sungai, hingga mengakibatkan rakyat di Selangor menderita akibat ketiadaan air.

Jika sekali dua berlaku mungkin penduduk dapat menutup mata namun apa yang dikesalkan sudah empat kali pencemaran itu berlaku.

Disebabkan keadaan berkenaan juga, berlaku tuding menuding antara satu sama lain dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menyalahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) disebabkan pencemaran tersebut.

Beliau turut memberi amaran kepada JAS agar bertindak profesional dalam siasatan berhubung kes pencemaran di Sungai Semenyih itu.

Azmin turut dilaporkan berasa kesal dengan kelewatan agensi itu turun ke lokasi untuk mendapatkan sampel air yang dikesan mengandungi pencemaran bau walaupun dimaklumkan sejak tengah malam Selasa lepas.

Namun beliau terlupa, pemantauan kilang terbabit adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bawah kerajaan Selangor.

"Ia bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau Jabatan Alam Sekitar (JAS)," demikian kata Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi menyanggah tuduhan Azmin itu.

Soalnya ketika ini ialah siapa yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan ini tidak berlaku lagi? Sudah tentulah kerajaan negeri. Krisis air bukan perkara baru, jadi seharusnya pemantauan dijalankan.

Azmin juga sebagai Menteri Besar patut kerap turun padang dan melihat sendiri kesengsaraan yang dialami oleh penduduk. 

Esok adalah hari minggu dan keadaan tentu akan menjadi kelam kabut. Siapa yang akan dipertanggungjawabkan dalam isu ini? Siapa yang mahu membayar kerugian yang dialami oleh peniaga terutama pemilik restoran dan pencuci kereta disebabkan masalah air ini?

Tulisan:
Beruang Biru
BB75, Jumaat
7 Oktober 2016

1 comment:

Johan said...

Jom makan dulu nasi lemak anak dara.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget