KL CHRONICLE: @JDhinaPG : #Bajet2017 RM 260 juta khas untuk kaum India buktikan komitmen kerajaan PM @NajibRazak

Saturday, October 22, 2016

@JDhinaPG : #Bajet2017 RM 260 juta khas untuk kaum India buktikan komitmen kerajaan PM @NajibRazak


1. Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak yang terus komited dalam membantu masyarakat kaum India di negara ini. 




2. Pada pembentangan bajet 2017 yang dilakukan oleh Perdana Menteri semalam, sebanyak RM 260 juta khas untuk masyarakat India telah ditetapkan dimana pecahan RM 260 juta adalah seperti berikut:

a). _RM50 juta untuk Pembangunan SJK Tamil_

b). _RM50 juta untuk meningkatkan kapasiti dan pendapatan kaum India_

c). _RM150 juta pembiayaan perniagaan melalui TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia_

d). _RM10 juta untuk memperluaskan program pra-sekolah kepada 50 buah SJK Tamil_

3. Jika dilihat dari bajet yang diberikan khas kepada kaum India, ianya membuktikan kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan bajet yang terbaik melalui perbelanjaan berhemah, walaupun negara berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.

4. Ini dapat dilihat dimana kerajaan terpaksa mempelbagaikan hasil ekonomi secara lebih meluas sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus dengan memperkenalkan polisi yang walaupun tidak popular seperti GST dan rasionalisasi subsidi, tetapi perlu dan penting untuk negara. *Tough decision has to be made for the future of the country*.

5. Kembali kepada komitmen kerajaan kepada kaum India, sejak tahun 2009 Perdana Menteri secara konsisten telah memperjuangkan nasib kaum India dengan memperkenalkan pelbagai polisi, bantuan dan juga dana - dana strategik khas dibawah Jabatan Perdana Menteri sendiri. Ini membuktikan Perdana Menteri *walk the talk* dalam memperjuangkan keperluan kaum India di negara ini. *No one is left behind*. 

6. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam 7 tahun mentadbir negara, telah memberikan komitmen dan bantuan yang banyak kepada masyarakat kaum India di negara ini berbanding Perdana Menteri sebelum ini yang telah lama mentadbir negara. Malah sejak tahun 2009, setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan mempunyai dana khas untuk membantu pelajar, keluarga dan juga sekolah Tamil. Bantuan langsung dan tidak langsung yang diberikan kerajaan ini merupakan satu langkah yang berkesan dan efektif untuk kaum India menangani isu kos sara hidup dan perbelanjaan urus tadbir sekolah jenis kebangsaan Tamil. 

7. Kesimpulanya, saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana terus komited dalam membantu masyarakat kaum India di negara ini semenjak dulu, kini dan selamanya demi kesejahteraan negara. Sudah pastinya, masyarakat kaum India secara amnya juga menghargai usaha murni yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan akan memberikan sokongan yang penuh kepada kerajaan Barisan Nasional. 

*Tamat*

*Kenyataan Media*
*J Dhinagaran*
*Malaysian Indian Congress (MIC)*
*Central Working Committee (CWC) Member*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget