KL CHRONICLE: #DemiRakyat MCA Johor tekad kekalkan majoriti 2/3 di negeri Johor #LuaskanKuasamu

Monday, October 10, 2016

#DemiRakyat MCA Johor tekad kekalkan majoriti 2/3 di negeri Johor #LuaskanKuasamu


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Malaysia Chinese Association (MCA) Johor kerana yakin dan nekad akan terus mengekalkan majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) - 14 yang akan datang. Walaupun berdepan dengan lawan yang rasis seperti Democratic Action Party (DAP), MCA tetap berjaya menambat hati masyarakat berbilang bangsa di negara ini dengan mengambil pendirian tidak ekstrem dalam isu - isu sensitif atau tidak sensitif yang dibangkitkan oleh puak chauvinis.


Keyakinan MCA untuk mengekalkan 2/3 kerusi DUN di Johor juga telah disuarakan oleh Naib Presiden MCA , Datuk Dr. Ir Wee Ka Siong yang menegaskan bahawa MCA akan gigih membantu BN untuk mencapai kemenangan 2 / 3 majoriti di negeri Johor walaupun diasak hebat oleh DAP yang memainkan isu - isu perkauman melibatkan masyarakat berbangsa Cina di negeri Johor. 

Hampir 2000 orang hadir di konvensyen MCA Johor

Memetik kata - kata Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong:
“Saya telah mengarahkan bahagian MCA di negeri ini untuk meningkatkan usaha untuk menghadapi PRU14 demi membantu BN mengekalkan kedudukan 2 / 3 majoriti di negeri ini gar Johior tetap menjadi kubu kuat BN “ ujar Wee.
 “Pihak pembangkang negeri ini percaya konon nya akan ada 10 lagi anggota BN melompat kepada  pembangkang dan mereka akan menubuhkan kerajaan negeri yang baru , ini hanya mudah untuk dikata tetapi hakikat nya belum tentu” tambah Datuk Wee.
Pemimpin MCA disambut meriah
Bagi kami di #KLChronicle, keyakinan Naib Presiden MCA merupakan satu perkembangan yang sehat dan "refreshing" di negeri Johor. Umum ketahui bahawa parti PRIBUMI pimpinan Muhyiddin Yassin kini semakin aktif di kawasan Johor dan walaupun parti mereka tidak kuat, namun boleh menjadi "pengacau" jika berlaku pertandingan 3 penjuru antara parti - parti politik sekaligus merosakkan peluang Barisan Nasional (BN). 

Kami di #KLChronicle yakin semboyan yang dibunyikan oleh Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong ini bakal memberikan semangat juang yang tinggi kepada jentera MCA untuk bekerja keras sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang. Kekuatan BN sebenarnya terletak pada parti - parti komponen dan sudah pastinya mereka akan membantu BN memenangi PRU yang akan datang. 

#GoodLuck #kipidap


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget