KL CHRONICLE: @weekasiongmp mahu parti komponen BN bersatu hadapi #PRU14

Tuesday, September 13, 2016

@weekasiongmp mahu parti komponen BN bersatu hadapi #PRU14

Image result for wee ka siong

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini menegaskan bahawa parti komponen Barisan Nasional harus bersatu dan bekerjasama bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) - 14 yang akan datang. Tambah beliau lagi, pemimpin - pemimpin diperingkat akar umbi sudah patut bersedia menghadapai PRU - 14 yang akan datang yang dijangka akan berlangsung pada tahun hadapan. 

Memetik kata - kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong:


"We (Barisan component parties) have to stick together and cooperate if we want to see victory. 
"We have to remember that we all need each other," 
Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ada benarnya. BN, sebagai sebuah perikatan parti yang besar (14 parti) harus bekerjasama dalam menghadapi PRU yang akan datang. Jika tidak, sudah pastinya BN akan kalah teruk kerana setiap parti komponen BN, tidak kira UMNO, MCA atau MIC mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. 

Tidak ada satu parti pun yang mampu untuk menang pada PRU jika mereka bertanding sendiri tanpa mendapat kerjasama dari komponen lain.Ini kerana demografi penduduk di Malaysia adalah berbilang kaum dimana setiap komponen mempunyai kekuatan yang tersendiri contohnya MCA mempunyai kekuatan dari sokongan penduduk berbangsa Cina, MIC penduduk berbangsa India dan UMNO penduduk berbangsa Melayu. 

Oleh yang demikian, apabila semua komponen BN bersatu sudah pastinya mereka akan dapat meraih sokongan yang lebih banyak kerana jumlah keseluruhan sokongan akan melibatkan penyokong UMNO, MCA, MIC dan lain - lain. Menyedari hakikat ini, adalah patut dan wajar mana - mana pemimpin parti komponen harus berhenti dari bergaduh sesama sendiri dan mula fokus untuk bersatu & bekerjasama menghadapi PRU yang akan datang. 

Tolak ketepi ego dan pendapat peribadi dan mula bekerja untuk kepentingan Barisan Nasional dan bukan kepentingan individu. Masa semakin terhad dan tindakan bergaduh sesama kita tidak akan membawa apa - apa faedah saa sekali. 

1 comment:

Cik Minah said...

MCA takda harga diri.
Ketua Samseng Negara, NAZRI TKSI kata, MCA get lost.
GET OUT FROM BN.
U STUPID CINA........get out!!!!!!!!!!!!!!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget