KL CHRONICLE: @VellPaari : Selamat Menyambut #HariMalaysia, amalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian #SehatiSejiwa

Friday, September 16, 2016

@VellPaari : Selamat Menyambut #HariMalaysia, amalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian #SehatiSejiwa




Hari ini, rakyat Malaysia berbilang bangsa, kaum dan agama sekali lagi menyambut Hari Malaysia dalam suasana yang aman dan tenteram dibawah kerajaan Barisan Nasional yang dipilih melalui proses demokrasi pada Pilihan Raya Umum yang lalu. 



Namun, keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati oleh rakyat di negara ini tidak akan kekal lama jika kita tidak menjaganya dengan baik seperti yang berlaku kepada negara - negara timur tengah yang kini kucar kacir akibat campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara mereka.

Menyedari hakikat ini, sebagai rakyat yang cintakan negara, kita harus sentiasa menanamkan prinsip - prinsip rukun negara dalam kehidupan kita iaitu:

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang - undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
setia kepada Raja dan Negara serta  kedaulatan undang - undang

Oleh yang demikian, jangan kita menjadi pengkhianat dengan bersekongkol dengan anasir - anasir luar untuk merosakkan negara ini seperti yang dilakukan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Negara ini adalah milik kita dan kita wajar mempertahankanya. 

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kerana telah mendengar denyut nadi rakyat dengan memberikan diskaun sebanyak 50% untuk tambang LRT, Monorel dan BRT bermula 16 September 2016. 

Sesungguhnya usaha mulia Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak ini akan membantu mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mengurangkan kos sara hidup dan menggunakan lebihan wang yang ada untuk perkara lain yang bermanfaat. 

*Terima Kasih*


KENYATAAN MEDIA
DATO SRI S.VELL PAARI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget