KL CHRONICLE: @VellPaari : Mahathir Licik, Anwar Sesumpah Politik

Thursday, September 8, 2016

@VellPaari : Mahathir Licik, Anwar Sesumpah Politik


Pertemuan empat mata Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dianggap penamat kepad permusuhan antara kedua-kedua individu terbabit.



Ini kerana masing-masing akan saling mempergunakan sesama sendiri untuk mencapai matlamat politik masing-masing, kata Bendahari Agung MIC, Datuk Seri Vell Paari.

Sama ada Mahathir mahu pun Anwar, kedua-duanya percaya kepemimpinan pakatan pembangkang yang ada sekarang terutama Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah `ketandusan idea’ dan buntu untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, walaupun pakatan pembangkang nyaris 'menghambat' BN pada pilihan raya umum tahun 2008 dan menyaksikan kali pertama dalam era moden parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga namun peringkat seterusnya termasuk pilihan raya tahun 2013 dan sehingga kini - pembangkang masih gagal menumbangkan BN.

“Kalau mereka (pembangkang) menembak, hanya kena sipi-sipi sahaja, tak tepat. Inilah yang menjadikan DAP, PKR, Pas dan Parti Amanah Negara (PAN) bosan dan Mahathir melihat kesempatan dan peluang ini lalu membuat sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya sendiri iaitu terpaksa bersekongkol dengan musuh nombor satunya (Anwar).

“Kita semua tahu...Anwar juga tahu bahawa Mahathir adalah politikus yang 'bijak’...dia duduk dalam dunianya, bijak membaca suasana dan tahu ketika bila hendak masuk mencelah.

“Anwar jangan terjerat tetapi soalnya percayakah Anwar kepada Mahathir? Tetapi demi survival politiknya, Anwar harus 'kena percaya’ kepada Mahathir,” kata Paari kepada Malaysia Gazette hari ini.

Paari yang juga merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bagaimanapun mengingatkan penyokong pembangkang terutamanya PKR bahawa Mahathir sama sekali seumur hidupnya tidak akan mempercayai Anwar.

Beliau menarik perhatian bagaimana ketika pertama kali muncul dengan tokoh pembangkang untuk melancarkan Deklarasi Rakyat akhir Mac lalu, Mahathir yang diasak oleh penyokong pembangkang tetap enggan memberi persetujuan menyokong pembebasan Anwar seperti yang dituntut oleh pemimpin Pakatan Harapan.

“Baru-baru ini, beliau (Mahathir) di Mahkamah Tinggi pun begitu juga apabila diasak dengan soalan media, dia tetap mengatakan pertemuannya dengan Anwar bukannya berdamai.Adakah ini boleh membuatkan isteri dan anak-anak Anwar percaya kepada keikhlasan Mahathir?

“Mahathir dan Anwar saling mempergunakan satu sama lain, dan akhirnya tidak pasti siapa yang menang atau kalah dalam melemahkan lagi pakatan pembangkang. Jangan kita sesekali lupa, selama 18 tahun ini, Mahathir terus mempertahankan tindakan menyingkirkan Anwar kerana salahlaku moral adalah tepat dan betul.

"Selama itu juga, beliau mengatakan Anwar itu rendah moralnya. Mahathir licik dan Anwar sesumpah, siapa menang?,” kata Paari.

Beliau juga turut mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak menjadi 'alat' kepada bekas Perdana Menteri keempat itu untuk mencapai cita-cita Mahathiryang belum kesampaian iaitu menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

“Pembangkang jangan jadi alat Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang ikut sama seperti geng Mahathir dalam mengundang campur tangan asing,” katanya.--MalaysiaGazette

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget