KL CHRONICLE: @VellPaari : Mahathir, Khairuddin dan @AnwarIbrahim jilat ludah sendiri

Friday, September 9, 2016

@VellPaari : Mahathir, Khairuddin dan @AnwarIbrahim jilat ludah sendiri



Tergamak Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Khairuddin Abu Hassan, penerbit buku ’50 Dalil – Kenapa Anwar tidak boleh jadi PM’?



Bukan sahaja Dr. Mahathir Mohamad berasa tidak bersalah mengaibkan Anwar sejak 18 tahun lalu sanggup bertemu dengan ketua umum PKR itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kehadiran Khairuddin bersama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengiringi Dr. Mahathir di mahkamah itu turut memberi kejutan besar kepada para penyokong pembangkang.

Bukankah Khairuddin, individu yang menerbitkan buku: ‘Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri’ yang akhirnya mencetuskan kejatuhan karier Anwar dalam kerajaan dan partinya?

Mengimbas insiden yang mengakibatkan situasi politik negara berkocak pada 1998 itu, Bendahari Agung MIC S.Vell Paari berkata ketika itu Khairuddin mencuri perhatian sebagai penerbit buku tersebut.

Khairuddin turut mengaku sebagai orang pertama membuat laporan polis terhadap Anwar berdasarkan kandungan buku itu.

“Buku tersebut menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim yang sudah sebelah kaki ke Seri Perdana.

“Malangnya, demi kepentingan politik, Dr. Mahathir, Khairuddin dan Anwar masing-masing menjilat ludah sendiri. Selama 18 tahun (sejak Anwar dipecat dari kerajaan dan parti pada 1998), ada penyokongnya (Anwar) yang putus kawan, keluarga berpecah-belah, tidur lokap dan menghabiskan duit sendiri.

“Ini dilakukan semata-mata untuk mempertahankannya dalam menghadapi Dr. Mahathir tetapi kelmarin di Mahkamah Tinggi, Dr. Mahathir boleh pula memegang erat tangan Anwar dan Anwar tersenyum.

“Tambah melukakan hati penyokong PKR lagi ialah memerhatikan kedua-duanya di situ adalah Khairuddin yang dikatakan orang yang telah memporak-perandakan kehidupan Anwar sekeluarga,” kata Paari.

Dr. Mahathir, kata Paari, adalah seorang politikus yang licik, duduk dalam dunianya, `bijak’ membaca suasana dan tahu ketika bila hendak masuk mencelah.

“Untuk mencapai matlamatnya, Dr. Mahathir akan menggunakan apa sahaja untuk menjatuhkan lawannya tidak kira dengan apa taktik sekalipun,” ujar beliau.

Ini berbeza dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang tidak menggunakan taktik kotor termasuk mencela peribadi individu lain dalam karier politiknya.

“Jarang sekali kita lihat Najib atau bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ‘hitting below the belt’ mana-mana pemimpin.

“Berbeza sekali dengan Dr Mahathir, selama 18 tahun ini beliau bercakap tentang isu moral Anwar.

“Beliau juga pernah berteriak siang malam mahu Lim Kit Siang tamatkan karier politiknya. Segala macam tomahan dilontar tapi boleh duduk berpelukan.

“Najib tidak mencela Marina Mahathir walaupun Marina dikatakan mempunyai asas untuk menyokong seksualiti Merdeka sebelum ini kerana dia bercakap dari kedudukannya sebagai penyokong gerakan liberal.

“Apakah Anwar akan terjerat dengan permainan Dr. Mahathir dan Khairuddin? Tetapi demi survival politiknya, Anwar harus `kena percayakannya’ juga,” kata Paari.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget