KL CHRONICLE: #TuguNegara : Macam Biasa @RafiziRamli Buat Tuduhan Mengarut Lagi

Thursday, September 8, 2016

#TuguNegara : Macam Biasa @RafiziRamli Buat Tuduhan Mengarut Lagi

Image result for taman tugu negara

Pada 6 September lalu, terpampang tajuk `Rafizi: Projek Taman Tugu bagi BN kumpul dana PRU-14?' di dalam portal pembangkang, Malaysiakini.

Jika dilihat pada tajuk (tidak perlu baca isinya pun) sudah tahu ia adalah satu lagi auta Rafizi.

Beliau seperti biasa, akan membuat tuduhan tanpa kemukakan apa apa bukti.
Jika betul Rafizi mempunyai bukti bahawa BN akan mengumpul dana melalui projek berkenaan sudah pasti beliau tanpa berlengah lagi akan membuat laporan kepada SPRM.



Namun malangnya disebabkan tiada bukti maka Rafizi hanya mampu membuat bising sahaja.

Beliau sepatutnya menyibukkan diri dengan isu-isu yang masih belum selesai, yang membelengu rakan-rakan dalam pakatan harapan.

Mengapa Rafizi diam dalam isu pintu gerbang Selangor, tanah Paya Wetlands, isu dana Israel RM1.2 billion, isu rasuah bapa ADUN Penang dan lain lain. Kenapa diam?

Daripada beliau sibuk menuduh UMNO/Barisan Nasional (BN) kononnya cuba mencari duit untuk pilihan raya umum (pru) ke-14, lebih baik Rafizi menyiasat dan membangkitkan isu-isu ini yang sehingga kini masih belum ada jawapan.

a) Tuntutan agar kerajaan DAP Pulau Pinang mendedahkan status terkini kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut yang dirancang dilaksanakan di negeri itu.

b) Projek menaiktaraf pintu gerbang Selangor yang mencecah RM10 Juta.

c) Kerja baik pulih kubah dan jubin masjid negeri di Shah Alam yang menelan kos RM32.4 juta.

d) Dakwaan bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman bahawa DAP menerima dana Israel sebanyak RM1.2 billion. Pada 2 Februari 2016, Lim Kit Siang berikrar akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang mendakwa DAP telah ditawarkan RM1.2 billion daripada Israel sebagai tukaran kepada pengkalan tentera di Port Dickson. Namun hingga kini tiada tindakan saman diambil.

e) Status tanah di Paya Indah WetLand yang sebelum ini diwartakan kawasan hijau tetapi ditukar kepada pembangunan. Sehingga kini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendiamkan dii.

f) Dakwaan Rafizi mengenai habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor. Apa jadi dengan kes berkenaan, walaupun ia sudah dilaporkan kepada SPRM. Tidakkah Rafizi mahu membuat susulan lanjut mengenai isu berkenaan.

Sejumlah enam kes ini. Sebenarnya banyak lagi boleh disenaraikan di sini, tetapi apa yang penting ia menunjukkan Rafizi cuba menutup mata terhadap kes-kes berkenaan.

Beliau lebih suka untuk membuat cerita karut mengenai kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Siapa yang dapat melupakan isu di mana Rafizi menjaja cerita `cincin' sebelum PRU ke-13 lalu, hanya untuk me­nim­bulkan kebencian rakyat. Kes itu dibawa ke mahkamah dan barulah Rafizi menyatakan bahawa kenyataan mengenai isu cincin isteri pemimpin kerajaan itu hanya lawak jenaka.

Untuk rekod projek Taman Tugu ini akan memberikan manfaat kepada rakyat serta generasi akan datang yang nilainya tidak boleh diukur dengan wang ringgit atau dianggap satu projek pembaziran.

Ia akan mengubah kawasan hutan terbiar seluas 66 ekar (26.7 hektar) di belakang Tugu Negara ini menjadi taman rimba kota dengan pelbagai kemudahan untuk manfaat orang ramai.

Salah satu komponen utama projek ini melibatkan pemuliharaan kira-kira 1,000 batang pokok hutan hujan serta penanaman 5,000 batang pokok baharu.

Rakyat jangan mudah tertipu dengan Rafizi, suatu hari nanti Rafizi akan kata itu hanya cerita lawak sahaja. Inilah dia watak dan perangai tidak bertanggungjawab Rafizi.

1 comment:

Ours said...

PRK UM: MULTI-PARTY, IKHLAS ATAU HENDAK MENUNJUK SIAPA LAGI HEBAT? http://matpening.blogspot.my/2016/09/prk-um-multi-party-ikhlas-atau-hendak.html

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget