KL CHRONICLE: #TahukahAnda TripAdvisor Beri Pengiktirafan kepada Perkhidmatan #GoKL Yang Di Cadang SPAD

Friday, September 30, 2016

#TahukahAnda TripAdvisor Beri Pengiktirafan kepada Perkhidmatan #GoKL Yang Di Cadang SPAD



Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana salah satu produk yang dilancarkan oleh SPAD telah menerima pengiktirafan dari TripAdvisor, sebuah website pelancongan terkemuka dari Amerika Syarikat. Bagi mereka yang kurang maklumat tentang TripAdvisor, ianya merupakan satu website yang mempunyai seramai 60 juta ahli dan mendapat hampir 170 juta reviews berkaitan perkhidmatan berlandaskan pelancongan di seluruh dunia.




Memetik pautan di laman Facebook SPAD : 

“GoKL adalah perkhidmatan bas percuma yang diperkenalkan untuk menawarkan alternatif yang berdaya maju bagi penumpang untuk perjalanan dalam Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur.
Perkhidmatan bas ini diwujudkan sebagai perkhidmatan bas pengantara yang menyediakan kesalinghubungan perjalanan akhir dengan mengintegrasikan mod pengangkutan awam yang lain.”

Bagi kami di #KLChronicle, tranformasi yang dibawa SPAD bagi pengangkutan awam darat di negara ini wajar diberi pujian. Ini kerana, secara langsung SPAD telah mentransformasikan pengangkutan awam darat terutamanya di Kuala Lumpur dengan menjadi lebih efisien dan mesra pengguna. Malah, jika kita perhatikan di kawasan Kuala Lumpur - KLCC, sudah tidak ada bas - bas buruk seperti Metrobus beroperasi tetapi kini semuanya dikendalikan oleh RapidKL dengan bas - bas baru mereka. 

Malah, jika kita lihat perkhidmatan bas #GOKL, ianya sangat efficient dimana bas ini berhenti di semua kawasan tumpuan pelancong sekaligus memudahkan pelancong di negara ini untuk membeli belah di kawasan Central Business District (CBD). Lebih baik lagi, bas ini adalah percuma dan boleh digunakan oleh semua orang dan mempunyai kekerapan perkhidmatan yang sangat tinggi. 

Konklusinya, kerajaan melalui SPAD telah melakukan pelbagai program untuk meningkatkan mutu serta taraf perhidmatan awam darat di negara ini. Namun ada sesetengah pihak yang tidak tahu bersyukur deangan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan hanya tahu mengkritik tanpa mempunyai fakta yang jelas. Tindakan ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan hanya merosakkan negara. Jika TripAdvisor boleh memuji "produk' SPAD, kenapa rakyat Malaysia tidak boleh?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget