KL CHRONICLE: Syarikat #Apple beli 40% project #Battersea #Malaysia

Friday, September 30, 2016

Syarikat #Apple beli 40% project #Battersea #Malaysia


Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di ikon bersejarah itu.




Dalam satu kenyataan hari ini, Battersea Holding Company Limited berkata, Apple dijangka akan pindah masuk ke Power Station pada 2021.

“Battersea Power Station akan menjadi kampus baharu Apple di London dan pejabatnya akan meliputi kira-kira 40 peratus daripada ruang pejabat daripada keseluruhan pembangunan itu.

“Seramai 1,400 kakitangan Apple dari pejabat sedia ada di sekitar London akan dipindahkan ke mercu tanda terkenal di London ini,” katanya.

Transaksi itu dijangka menjadi penyewaan pejabat terbesar di West End London sejak 20 tahun lepas, kata Battersea.

Battersea Power Station dimiliki oleh Sime Darby, SP Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam satu kenyataan di sini, para pemegang kepentingan Battersea Power Station berkata, Apple akan menyewa ruang seluas 500,000 kaki persegi untuk enam tingkat pusat Boiler House dalam bangunan ikonik itu.

Apple dijangka berpindah masuk ke bangunan itu pada tahun 2021 akan menguasai 40 peratus daripada ruang pejabat bagi seluruh pembangunan Battersea Power Station.

Pengerusi Battersea Holding Company Limited, Datuk Johan Ariffin berkata: " Kami mengalu-alukan kehadiran Apple, jenama yang paling berharga di dunia di sini.

"Kehadiran jenama yang berkaliber akan menjana lebih banyak kepentingan dalam Battersea," katanya.

Battersea Power Station kini dalam pembinaan untuk projek bercampur-campur antara komersial dan kediaman.

Pusat komersial akan dibangunkan dengan kedai, restoran, hotel dan ruang acara dan seni serta pejabat daerah baru di Central London.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget