KL CHRONICLE: @RazlanRafii : Kalau Tak Hina Memang Bukan @DAPMalaysia

Sunday, September 18, 2016

@RazlanRafii : Kalau Tak Hina Memang Bukan @DAPMalaysia


Berita mengejutkan pemergian Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mengadap ilahi memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Islam di sini.




Bagi DAP, berita tersebut perlu diraikan dengan melemparkan penghinaan terhadap Allahyarham. Yang paling keji adalah sikap Jeff Ooi, Adun Jelutong yang akui membuat posting kurang sopan tersebut di laman Twitter miliknya.

Posting tersebut menguatkan lagi bukti bahawa DAP mempunyai pemimpin kanan yang memiliki dan mewarisi sifat kebencian yang terlampau terhadap orang Melayu dan Islam.

"Adios Harun Din, let there be peace"

Ungkapan kebencian ini tidak perlu disembunyikan di dalam hati mereka, malah kebencian terhadap orang Melayu dan Islam kini disuarakan secara terbuka oleh mereka.

Setiap kali mereka mencaci orang Melayu dan Islam, setiap kali itulah akan ada pemimpin mereka meminta maaf bagi pihak Cina DAP ini. Tetapi amat menyedihkan tiada langsung apa-apa respon atau tindakan dikenakan terhadap ahli yang bersikap cauvanis ini.

Malah yang mencaci orang Melayu akan dimartabatkan sebagai wira senyap 'silence warriors' bagi pimpinan tertinggi dan ahli-ahli DAP. Mereka akan tetap memuja pemimpin seperti Teresa Kok, Nga Kor Ming, RS Rayer dan pemimpin-pemimpin rasis koleksi parti tersebut.

Agenda di hati DAP adalah untuk mematikan semangat bangsa Melayu dan menghakis keyakinan orang ramai terhadap bangsa ini dan Islam. Dalam masa yang sama mengikis tembok kesucian agama dan sempadan budaya timur orang Malaysia.

Kita lihat di dalam kumpulan What'sApp, ada yang bertelagah sesama sendiri dek kerana sikap liberal membenarkan ungkapan Jeff Ooi tersebut yang dianggap tidak menghina meskipun ada ungkapan lain yang lebih baik boleh diucapkan.

Di mana perginya suara 14 budak Melayu suruhan DAP yang dikatakan boleh mempertahankan agenda Melayu di dalam DAP? Terpaksa diam ataupun masih lagi leka dengan imbuhan politik.

Berdiam diri adalah tanda setuju terhadap penghinaan oleh Jeff Ooi dan rakan-rakan DAP terhadap pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Agak-agaknya adakah DAP akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap Jeff Ooi. Beliau juga pernah terlibat dalam isu video mahu menjadikan negara Malaysia sebagai Negara Kristian.

Apakah DAP sebuah parti yang menyembunyikan kesalahan ahli-ahlinya? 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget