KL CHRONICLE: Punca sebenar penutupan cawangan bank di Malaysia akhirnya terbonkar

Monday, September 5, 2016

Punca sebenar penutupan cawangan bank di Malaysia akhirnya terbonkar

Image result for bank tutup cawangan

Saya terpanggil betul untuk menjawab spekulasi spekulasi yang ditimbulkan oleh penganalisa - penganalisa kewangan tidak bertauliah baru - baru ini, yang kononnya cawangan bank ini itu ditutup sebab kewangan negara pada tahun 2016 ini sangat teruk dan tak lama lagi Malaysia akan jadi macam Greece, menuju muflis. 



Encik encik dan puan puan, yang sedang berlaku di bank yang sedang saya kerja ini adalah satu proses digitalisasi. Atau secara ringkasnya transisi daripada perbankan tradisional ke arah perbankan digital. Ini adalah agenda globalisasi perbankan yang sedang berkembang dengan pesatnya di serata dunia, hanya baru - baru ini sahaja ia mula diadaptasikan di ASEAN, termasuklah Malaysia.

Tak faham? Macam ni, zaman dulu kalau encik - encik dan puan puan masih ingat, nak layari internet, nak main Starcraft atau Counter Strike atau lagi jujurlah nak tengok process manusia mengawan, encik - encik dan puan puan harus merenyam berjam - jam lamanya di Internet Cafe atau lebih dikenali sebagai cyber cafe, betul?

Sekarang masih pergi lagi?

Dah tak kan? Sebab internet sudah berada di hujung jari. Setiap individu yang memegang sebuah smartphone pasti membawa bersamanya seekor binatang buas yang sangat hebat kuasanya, iaitu internet.

Nak bayar bil, nak transfer duit, nak beli unit ASB, nak top up prepaid, nak beli insurance, credit card, loan, hire purchase, mortgage hatta nak bayar zakat sekalipun semuanya BOLEH melalui applikasi perbankan yang semakin hari semakin canggih ini.

Lagi lagi generasi X & Y yang celik IT, izinkan saya bertanya: berapa kali pernah pergi ke cawangan untuk berurusan dengan pegawai bank? 1 kali dalam seumur hidup? Atau 2 mungkin 3?

Habis encik encik dan puan puan tak guna khidmat bank? Di situ encik encik dan puan puan dah boleh berfikir: kenapa bank - bank mega di Malaysia berebut rebut untuk mengurangkan atau mengkonsolidasi cawangan fizikal mereka.

Zaman bank buka 850 cawangan serata dunia dah tidak relevan encik encik dan puan puan. Keledakan IT telah menyenangkan urusan seharian kita, segalanya hanya perlu dilakukan di hujung jari.

Apabila applikasi applikasi ini telah dilengkapi dengan urusan permohonan kemudahan perbankan secara atas talian, ia telah memudahkan kerja makhluk yang bernama manusia secara total. Tak perlu lagi bersusah payah cari parkir, bayar tol dan meredah lautan api untuk dapatkan perkhidmatan ini semua!

Maka dengan itu, bank mula memaklumkan dengan bangganya cawangan mereka telah dikurangkan sekian sekian banyaknya dengan penjimatan kos sebanyak sekian sekian peratus dan keuntungan yang dianggarkan daripada aktiviti dan perolehan dari perbankan tradisional kepada perbankan digital adalah sekian sekian peratus.

Tidak ada satu pun daripada berita yang saya baca setakat ini mengatakan aktiviti aktiviti ini adalah disebabkan BANK SUDAH TIDAK RELEVAN, EKONOMI YANG BURUK MENYEBABKAN BANK MULA PECAT PEKERJANYA atau BANK RUGI!

Jangan jadi umpama katak bawah tempurung yang enggan membaca, amalan membaca amalan mulia. Jangan jadi penyangak yang memanipulasi sesebuah tajuk berita untuk melariskan perniagaan MLM yang sedang encik encik dan puan puan jalankan. Jadi manusia yang bertanggungjawab. Ikut peredaran masa, jangan sebar fitnah.

Keadaan ekonomi dunia sekarang ini memang berada pada tahap dingin. Umpama puan puan mengangkang di depan encik encik pun para encik enciknya enggan bertindak disebabkan kurangnya faktor kearjunaan. Itu hakikat yang sudah bukan terlalu dangkal untuk disangkal.

Namun jangan salahkan isu semasa untuk menjadi tidak kompetetif. Jangan sesekali manupulasikan keadaan semasa untuk kepentingan individu. Keji, tidak terhornat dan tidak bermaruah. Pengguna media sosial juga ada tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran, bukan menjana fitnah.

Sekian,

People of Tomorrow

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget