KL CHRONICLE: Perginnya Tuan Guru Haron Din Ulama' Tegas dan Cekal.

Friday, September 16, 2016

Perginnya Tuan Guru Haron Din Ulama' Tegas dan Cekal.



Pagi Jumaat yang penuh barokah menyaksikanTuan Guru Dr Haron Din (Al Mursyidul Am PAS) telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Perginya seorang ulama' tegas dan cekal dalam mengharungi fitnah mehnah dalam perjuangan. Al-Marhum menyertai PAS sejak dari awal. Pernah berguru dengan pemimpin utama PAS pada masa itu AlMarhum Dr Zulkifli Muhammad sewaktu menuntut di Kolej Islam Klang. Antara kata-kata Tuan Guru yang masih segar dalam ingatan ini.



"Penyokong PAS sudah ditarbiah bahawa kita berjuang selama ini bukan untuk kemenangan peribadi, kita berjuang untuk kemenagan Islam, untuk mendaulatkan Islam sebagai Adden"

Ulama yang banyak menjadi bahan hinaan pihak tertentu ini tetap konsisten terhadap perjuangannya mendaulatkan Islam. Walaupun Tuan Guru belum pernah menang dalam dalam mana-mana Pilihanraya Umum, ternyata pada hari ini tuan Guru menikmati kemenangan sejati, InsyaAllah.

Tuan Guru, InsyaAllah kami akan meneruskan perjuanganmu tanpa jemu. Semoga rohmu ditempatkan bersama para Anbiya'.
Sekalung takziah buat keluarga Almarhum.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النّار

Akmal hj Kamarudin
Kg Rusila
14 Zulhijjah 1437
[10:45, 16/09/2016] ‪+60 19-479 2681‬: Salam Perjuangan buat semua.

Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget