KL CHRONICLE: Perbezaan antara @LiowTiongLai dan @cmlimguaneng #HaronDin

Wednesday, September 21, 2016

Perbezaan antara @LiowTiongLai dan @cmlimguaneng #HaronDin


Baru - baru ini negara dikejutkan dengan kematian Allahyarham Dato Dr. Haron Din, ilmuan Islam terkemuka negara di California Amerika Syarikat akibat kompilasi penyakit jantung.

Dikala orang Melayu Islam berduka, Ahli Parlimen @DAPMalaysia iaitu Jeff Ooi telah mengeluarkan kenyataan yang biadap dan tidak sensitif dengan meraikan pemergian murabbi Dato Dr. Haron Din. Ini sekaligus telah membangkitkan kemarahan orang Melayu Islam di negara ini.



Walaupun menyedari hakikat ini, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng dalam kenyataan rasmi beliau hanya menegaskan bahawa kenyataan Jeff Ooi adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi DAP. DAP juga tidak mendesak Jeff Ooi memohon maaf kepada umat Islam di negara akibat kenyataan bodoh beliau.

Image result for jeff ooi haron din

Ini sangat berbeza dengan tindakan yang diambil oleh parti Komponen BN iaitu MCA. MCA menyedari bahawa Jeff Ooi telah mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini dan mahu beliau (Jeff Ooi) meminta maaf. Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan tindakan yang betul dan tepat. Memetik kata  - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata apa yang dilafazkan oleh Jeff Ooi adalah satu tindakan yang tidak baik dan biadap dan Jeff Ooi harus memohon maaf kepada seluruh keluarga Arwah Haron Din.
 “Pasti sekali adapun pendirian politik yang berbeza , perkara kematian tidak seharusnya dipolitikkan”
  “Saya berpendapat kematian Haron Din adalah satu kehilangan kepada negara dan beliau juga telah memberi sumbangan kepada negara” 
 “Kami sangat kesal ada setengah parti politik tidak sensitif kerana negara baru kehilangan seorang individu yang ikonik” kata Liow.

Konklusinya, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menilai mana satu parti politik yang betul - betul mengambil berat semangat keharmonian antara kaum dan parti mana yang suka menghasut serta memecah - belahkan masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa.Sejak merdeka lagi kerajaan BN telah berusaha untuk memastikan kita saling hidup dalam keadaan harmoni namun sejak 2008, DAP dilihat telah menghasut rakyat untuk terus membenci antara satu sama lain dengan mengeluarkan kenyataan yang sensitif terhadap sesuatu kaum. 

Adakah kita mahu DAP menghancurkan negara ini hanya kerana kerakusan dan ketamakan mereka mahu mendapat kuasa? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget