KL CHRONICLE: Penyokong DAP, PPBM ‘Rai’ Pemergian Haron Din Dengan Cacian Dan Makian

Saturday, September 17, 2016

Penyokong DAP, PPBM ‘Rai’ Pemergian Haron Din Dengan Cacian Dan Makian





TERNYATA pihak pembangkang iaitu parti rasis dan cauvinis DAP serta parti ‘orang-orang kecewa’, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seringkali mengaitkan pelbagai peristiwa termasuk peristiwa menyayat hati pemergian Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din semalam dengan sentimen politik tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai agama di Malaysia.




Meskipun Allahyarham Haron Din mempunyai fahaman politik yang berbeza, namun puak-puak tidak bertanggungjawab ini tidak sewajarnya ‘meraikan’ pemergian arwah dengan cacian dan makian yang melampau terutama sekali dari Ahli Parlimen Jelutong DAP, Jeff Oii.

Jeff Oii, dalam laman sosial Twitternya, memuatnaik status berunsur biadap yang berbunyi, “Adios Harun Din. Let there be peace” seolah-olah tidak memperdulikan ratapan seluruh rakyat beragama Islam yang baru sahaja kehilangan seorang tokoh agama yang tersohor, malah berani mengeluarkan perkataan seumpama itu semata-mata kerana arwah berbeza fahaman politik dengannya.

Tidak cukup dengan itu, seorang pengguna laman sosial Facebook dengan nama Gerak Balas, serta merupakan penyokong PPBM (berdasarkan gambar profilnya yang menggunakan bendera rasmi parti itu) bertindak lebih agresif dengan memuatnaik status berbunyi “Akhirnya mati berubat di hospital kafir harbi…Innalillahirojiunn…”, malah dipersetujui oleh beberapa orang pengguna Facebook yang menggunakan gambar profil yang sama.

“Sebenar nya saya pun berpendapat sama gak ngan admin malah banyak lagi nak dikomen tapi dah agak dah akan kena tibai. So lebih baik diam...dan berlaku hipokrit,” ujar Peace Nation.

“Yang dah pergi biarkan. cuma yg masih hidup ni yg patut kena balun....,” kata Roza Nee.

Dalam pada itu, pelbagai komen berunsur makian dan cacian turut diterima dari para penyokong parti DAP yang kelihatan ‘gembira’ dengan pemergian arwah lantas mengeluarkan perkataan yang ternyata tidak peka dengan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Such people also (orang-orang alim juga) takut mati if treated locally because local doctors quality questionable (jika dirawat dalam negara kerana kualiti kerja doktor-doktor tempatan sangat diragui). Even Johor sultan goes to Singapore for his treatment (malah Sultan Johor juga pergi mendapatkan rawatan di Singapura),” ujar Lim Cheng Lam.

“Baik mampoi (mati) cepat. Syurga tengah tunggu,” kata Sim Kuan Sen.

“Holy men, prayed very hard, 5 times a day still die young, so followers please be careful when opening your big mouth (Seorang ulamak, rajin beribadat, sembahyang lima kali sehari tapi meninggal pada usia yang muda, jadi pengikut, sila berhati-hari apabila berkata-kata). Always remember (selalu beringat), semayang kuat-kuat, hati mahu baik. Kalau hati baik, tak perlu sembahyang is ok,” ujar Ong Tk.

“Muktamad, ubat kafir ada genes Babi di dalam dan kemahiran kafir lebih kuat dan handal daripada yang Islam,” kata Willis Teoh.

“Stanford Hospital in San Francisco is certified halal or not (Hospital Stanford di San Francisco ada sijil halal atau tidak)? HARAM, tau,” ujar Tommy Hng.

Berdasarkan komen-komen yang ditulis oleh para penyokong DAP dan PPBM itu, jelas menunjukkan sikap dan akhlak penyanjung pembangkang ini jauh berbeza dengan akhlak yang ditunjukkan oleh para penyokong kerajaan ketika pemergian bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan bekas Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh, walaupun kedua-dua individu berpengalaman ini amat dimusuhi oleh penyokong kerajaan.

SUMBER : http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/18093-penyokong-dap-ppbm-rai-pemergian-haron-din-dengan-cacian-dan-makian.html

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget