KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : Persempadanan semula yang dibuat oleh SPR merisaukan MCA

Monday, September 26, 2016

@LiowTiongLai : Persempadanan semula yang dibuat oleh SPR merisaukan MCA


Umum ketahui bahawa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang dalam proses melakukan persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Semenanjung Malaysia. Sudah semestinya, bila persempadanan semula dilakukan, pihak pembangkang terutamanya parti Cina chauvinis DAP akan mengatakan proses persempadanan semula ini memberikan "kelebihan" kepada Barisan Nasional (BN).


Namun, tuduhan DAP ini sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali. Ini kerana MCA, sebuah parti komponen yang terbesar dalam BN juga telah menzahirkan rasa kerisauan mereka tentang proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR ini. Walaupun proses persempadanan semula ini masih di peringkat cadangan, namun MCA melalui Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memberikan pandangan mereka. 

Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai :
“Jika persempadanan semula menyaksikan satu kelompok kaum pengundi melayu disatu kawasan dan satu kawasan pula dilonggokan kaum Cina , maka kerjasama antara parti Barisan Nasional akan menjadi tidak bermakna” kata Liow.
“Kerja persempadanan semula harus melambangkan kepelbagaian kaum” kata Liow.
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai ada benarnya. Sebagai sebuah negara yang berbilang agama dan bangsa, kawasan mengundi bagi memilih wakil rakyat adalah sepatutnya juga bercampur dan tidak terlalu "berat sebelah" terhadap sesuatu kaum. Tambahan Datuk Seri Liow Tiong Lai lagi:
‘Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara rasis dan ekstrim” kata Liow akibat dari cara persempadanan semula ini dilaksanakan.

Konklusinya, kami di #KLChronicle berharap bahawa SPR akan mengambil serius cadangan dan kerisauan yang dibangkitkan oleh MCA. Kami yakin SPR sebagai sebuah badan yang bebas akan berusaha dengan sebaik mungkin bagi memastikan cadangan persempadanan semula 12 kawasan parlimen dan 34 kawasan DUN di Semenanjung adalah yang terbaik dan mendapat persetujuan semua pihak. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget