KL CHRONICLE: Hisham jawab fitnah terhadap Kementerian Pertahanan

Friday, September 2, 2016

Hisham jawab fitnah terhadap Kementerian Pertahanan





*KENYATAAN MENGENAI IMBUHAN & BAYARAN YANG DITERIMA BALU ALLAHYARHAM KAPTEN HASMAN*

Berhubung kenyataan Balu kepada Allahyarham Kapten Hasman, Pn. Hazwani yang mendakwa beliau tidak menerima imbuhan yang setimpal daripada pihak ATM, saya ingin memaklumkan bahawa *ATM telah menjelaskan bayaran dan imbuhan yang sepatutnya berdasarkan syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama 8 tahun.*



Sejak awal tahun lalu, *jumlah yang telah diterima oleh Pn Hazwani ialah sebanyak RM274,542.49*. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).*Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan* (pencen terbitan bulanan).

Bagaimanapun, sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, saya sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu beliau dan anak-anak.

Sesungguhnya, isu kebajikan anggota sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

*HISHAMMUDDIN HUSSEIN*
_Menteri Pertahanan Malaysia_ | _2 Sept 2016_

http://www.siakapkeli.my/2016/09/mana-semua-janji-janji-menteri-hari-tu.html?m=1

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget