KL CHRONICLE: #DemiRakyat @LiowTiongLai : Kerajaan beri RM 2 Juta kepada SMJK (C) Yoke Kuan

Monday, September 12, 2016

#DemiRakyat @LiowTiongLai : Kerajaan beri RM 2 Juta kepada SMJK (C) Yoke Kuan


Hasil usaha Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai,  Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah meluluskan RM  RM2 juta bagi pembinaan bangunan baharu setinggi dua tingkat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan di Sekinchan. Memetik kata  - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:
"Kerajaan Barisan Nasional telah menunaikan janji yang dibuat kepada sekolah itu pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar pada Jun lepas bahawa RM2 juta akan diperuntukkan. peruntukan menerusi Jabatan Perdana Menteri itu akan digunakan untuk membina 11 bilik darjah dan kemudahan seperti auditorium, perpustakaan, dewan dan pejabat guru."
Bagi kami di #KLChronicle, ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional adalah satu kerajaan yang bertanggungjawab dan memastikan segala janji dan manifesto ditunaikan kerana ianya merupakan satu janji kepada rakyat di negara ini. Ini berbeza dengan pihak pembangkang yang suka menipu rakyat dengan memberi harapan dan janji yang manis tetapi akhir sekali tidak menunaikan apa yang mereka janjikan.  

Image result for manifesto bukan janji

Persoalanya sekarang, walaupun kerajaan BN telah membuktikan bahawa BN adalah satu kerajaan yang bertanggungjawab, berbeza dengan pihak pembangkang yang suka menipu namun adakah rakyat akan memilih kerajaan BN pada masa akan datang? Ini merupakan satu persoalan yang sangat relevan kerana jika dilihat dalam situasi politik semasa nampaknya sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat. 

Ini dapat dibuktikan dengan kemenangan BN di PRN Sarawak dimana BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 yang lalu. Malah, bagi masyarakat India, hampir 85% mengundi calon BN pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik dan jika momentum ini diteruskan, sudah pasti BN dan MCA akan menang besar pada PRU akan datang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget