KL CHRONICLE: #DemiRakyat Isu LRT Rosak, @LiowTiongLai minta Rapid Rail beri penjelasan

Sunday, September 11, 2016

#DemiRakyat Isu LRT Rosak, @LiowTiongLai minta Rapid Rail beri penjelasan



Pada 8 September yang lalu, warga kota telah dikejutkan dengan gangguan kepada perkhidmatan  Transit Aliran Ringan (LRT) membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC pada waktu puncak. Gangguan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan seharian warga kota yang menggunakan perkidmatan LRT untuk pergi ke tempat kerja, sekolah dan sebagainya.

 

Menyedari hakikat ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Rapid Rail Sdn Bhd memberi penjelasan mengenai gangguan tersebut melalui akaun twitter beliau:

Selepas beberapa jam arahan dari Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dikeluarkan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengadakan satu sidang akhbar untuk memberikan penjelasan tentang punca permasalahan yang berlaku. Memetik kata - kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz :
"Kejadian berlaku kerana gangguan bekalan elektrik dalam tren dari Gombak ke Putera Heights, yang menjejaskan sistem pengudaraan kereta api"
Bagi kami di #KLChronicle, respon pantas yang diambil oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) wajar diberi pujian. Malah tindakan pantas oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta penjelasan dari Prasarana juga membuktikan kerajaan prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kita sebagai pengguna LRT harus ingat, tugas yang dilakukan oleh Prasarana adalah amat kritikal dan yang paling penting sekali adalah bagi memastikan penumpang sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Ini juga adalah apa yang dimahukan oleh Kementerian Pengangkutan dimana isu keselamatan penumpang tidak boleh langsung diambil ringan kerana jika apa - apa insiden yang tidak diingini berlaku, consequence nya adalah sangat tinggi. 

Terima Kasih Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh warga kota. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget