KL CHRONICLE: @weekasiongmp puji cara @PDRMsia dan @KBAB51 tanggani isu kes tebusan di Ayer Hitam

Friday, August 12, 2016

@weekasiongmp puji cara @PDRMsia dan @KBAB51 tanggani isu kes tebusan di Ayer Hitam



Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong hari ini memuji keberkesanan cara yang diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menanggani kes tebusan yang berlaku di Ayer Hitam, Johor yang telah mengakibatkan penjenayah ditembak mati oleh PDRM. Turut mendapat pujian Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong adalah Ketua Polis Batu Pahat yang baru iaitu ACP Abdul Wahib Musa atas tindakan pantas beliau menyelesaikan masalah ini. 


Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong memuji tindakan PDRM merupakan satu usaha yang baik. Ini kerana, dalam mana - mana negara, kerjasama antara rakyat, pemimpin dan pihak berkuasa sangat penting bagi memastikan negara aman dan selamat tanpa sebarang kes jenayah yang membahayakan. Akhirnya, yang akan mendapat manfaat adalah rakyat juga. 

Namun, malangnya terdapat ramai pemimpin pembangkang yang melihat PDRM sebagai musuh mereka. Anggota PDRM dihina, dimaki dan diherdik sebagai "macai" kerajaan hanya kerana mereka menegakkan undang  - undang dan tidak mahu negara ini menjadi huru - hara. Adakah tindakan ini salah dan wajarkah anggota PDRM yang berkorban masa mereka untuk keamanan negara dikecam sebegitu rupa?

Sebagai rakyat, sudah tentunya kita mahukan satu suasana harmoni dimana rakyat boleh mempercayai PDRM dan PDRM boleh mengharapkan rakyat untuk menjadi mata - mata untuk pihak berkuasa. Hubungan akrab ini yang akan membantu PDRM untuk membasmi kes - kes jenayah di negara ini. Kadang - kala teringin juga melihat pemimpin pembangkang menghormati pihak berkuasa seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN. Pada pendapat anda adakah ini boleh dikecapi?

1 comment:

halim said...

Kebanyakan pesalah trafik yang berbangsa cina begitu biadap terhadap anggota polis di negara kita. Sila tonton video yang dimuatturun dalam YouTube. Mereka biadap memperlecehkan anggota polis yang memeriksa semasa kebanyakan operasi pemeriksaan polis di jalan raya. Mereka memberi mesej bahawa anggota polis dan bangsa melayu adalah hina dan berada di dalam kelas bawahan.

Saya marah dan timbul perasaa benci pada kaum cina dan kesian kepada anggota polis dan bangsa saya. Ada kalangan anggota polis itu nampak kalah dengan serangan mencaci bangsa pendatang ini.

Sudah tiba pihak polis mengunakkan pendekatan yang pragmatik dan "keras" jika diperlukan dalam situasi itu. Jika mereka sering mengambil video anggota yang hendak memeriksa mereka, pihak polis mesti melakukkan perkara yang sama.


Apa yang ditunggu lagi.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget