KL CHRONICLE: @VellPaari : PM @NajibRazak PM untuk seluruh rakyat Malaysia, bukan hanya proksi Dr. Mahathir #KekalNajib

Saturday, August 6, 2016

@VellPaari : PM @NajibRazak PM untuk seluruh rakyat Malaysia, bukan hanya proksi Dr. Mahathir #KekalNajib


Saya merujuk kepada temubual khas Datuk Seri Najib Razak bersama stesen televisyen Indonesia, Metro TV ketika lawatan kerja tiga hari ke negara itu sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-12. ( http://m.metrotvnews.com/play/2016/08/05/565232).



Dalam temu bual oleh Rory Asyari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengakui bahawa serangan oleh Dr. Mahathir terhadap kepimpinan beliau adalah disebabkan oleh keputusan Perdana Menteri yang tidak mahu menjadi proksi Dr. Mahathir sekaligus menjadikan Perdana Menteri seorang _Puppet Prime Minister_ dan tidak berkuasa mutlak dalam mentadbir kerajaan.

Tindakan berani Perdana Menteri ini membuktikan bahawa beliau mengambil berat tentang kepentingan rakyat serta hala tuju negara ini dari segi pembangunan insan dan perkembangan ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020. ( http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pemandu-ceo-says-malaysia-on-track-to-become-a-high-income-advanced-economy)

Kepimpinan bertanggungjawab Perdana Menteri tanpa mengikut telunjuk Dr. Mahathir ini juga telah menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai sistem ekonomi yang kukuh dan ini diakui oleh badan - badan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ( http://www.imf.org/en/News/Articles/2015/09/28/04/53/socar021913a)

Kepimpinan bertanggungjawab Perdana Menteri tanpa mengikut telunjuk Dr. Mahathir ini juga telah menjadikan Malaysia antara negara yang pertama memberi sumbangan tunai secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) walaupun cara ini ditentang hebat oleh Dr. Mahathir. Akhirnya cara yang dibawa Perdana Menteri ini diakui berkesan oleh 35 pakar ekonomi dari United Kingdom. ( https://www.theguardian.com/business/2016/aug/03/cash-handouts-are-best-way-to-boost-growth-say-economists).

Konklusinya, keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak untuk menjadi seorang Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya "budak suruhan" kepada Dr. Mahathir wajar dihargai oleh rakyat negara ini. 

Demi rakyat dan masa depan negara, Perdana Menteri sanggup menerima kritikan dan asakan dengan begitu hebat sekali, hanya kerana beliau tidak mahu mendengar kata - kata Dr. Mahathir dan sekaligus memberi peluang kepada kroni - kroni lama untuk terus mengaut keuntungan. 

Thank You Datuk Seri. 


*-TAMAT-*


*KENYATAAN MEDIA*
*DATO SRI S.VELL PAARI*
*BENDAHARI AGUNG*
*MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget