KL CHRONICLE: @RazlanRafii : @DAPMalaysia Fobia dengan perkataan "Melayu" #SehatiSejiwa

Wednesday, August 31, 2016

@RazlanRafii : @DAPMalaysia Fobia dengan perkataan "Melayu" #SehatiSejiwa


Saya tak terkejut tiga belas (13) orang macai DAP bergabung dan berbincang bagi mengilhamkan sebuah karangan yang penuh sarat dengan kebencian terhadap UMNO semata-mata ingin membidas apa yang telah saya perkatakan tempoh hari di dalam sebuah program debat anjuran Sinar Harian.



Setelah saya berhujah empat orang menentang saya seorang, hari ini mereka memerlukan tiga belas kepala pula nak mengupas apa yang saya utarakan.

Beginilah sindrom fobia yang wujud dalam DAP apabila setiap kali saya membangkitkan isu DAP bersikap biadap terhadap bangsa Melayu.

'DAP Tidak Akan Menghormati Orang Melayu'

Inilah topik yang membuat mereka melompat dan terus menyerang saya dengan pelbagai watak bagi menunjukkan yang saya ini Melayu Totok yang kolot dengan ideologi pemikiran lama.

DAP & Budayanya.

Teresa Kok potong ekor babi 5 di Pulau Pinang bagi meraikan kemenangan DAP sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat selepas PRU 13.

DAP mendesak untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar di Perak. Namun apabila mereka sedar bahawa tidak akan ada bangsa selain Melayu dibolehkan untuk jadi Menteri Besar, barulah timbul nama-nama seperti Diana Sofea dan lain-lain direkrut dengan harapan untuk menjadi wakil Melayu DAP satu hari nanti.

"Ya Tuhanku, kau kembalikan negara Malaysia kepada berkiblatkan Amerika dan beragama Kristian", ini adalag gambaran dan maksud poster doa Nga Kor Ming yang disebarkan di Facebook pada semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Petikan ucapan pemimpin DAP berbunyi "Guna Melayu, Skrew Melayu". Apakah maksud beliau daripada ungkapan tersebut?

DAP bantah Rang Undang-Undang 355. Tidak bolehkah Mahkamah Syariah dipertingkatkan kuasanya dalam Malaysia? 

Oktober Fest, pimpinan DAP minum arak secara besar-besaran dan tempat terbuka walhal budaya ini bukan budaya rakyat Malaysia setelah sekian lama.

Inilah di antara ribuan bukti DAP 'Tidak Hormat' pada bangsa Melayu.

Adakah hal ini tidak benar dan perkara diutarakan ini adalah fitnah semata-mata ?

13 Melayu macai DAP sila jawab dan huraikan.

Untuk makluman 13 orang Melayu macai DAP. Pada PRU 13, UMNO telah menambah kerusi di Dewan Rakyat adalah disebabkan oleh sikap DAP yang bongkak dan 'Tidak Hormat' kepada keharmonian bangsa di sini. Rakyat Malaysia mengamalkan budaya ketimuran dan saling hormat menghormati.

Rakyat Malaysia memberikan kepercayaan kembali kepada UMNO adalah disebabkan tindakan gila kuasa yang DAP lakukan di Pulau Pinang dan di Selangor.

Majoriti rakyat lihat dengan jelas bagaimana di kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor terutamanya wakil bangsa lain tidak mendapat tempat walhal wakil DAP yang tidak ada di kawasan mendapat tempat. Malah di Pulau Pinang hampir tidak ada bangsa lain.

Pewujudan persepsi negatif beserta dengan khabar angin ini memang sudah menjadi makanan ruji kepada pihak Pembangkang. Namun kenyataan yang digembar-gemburkan berupa fitnah semata-mata.

Tidak boleh dinafikan isu 1MDB memberi impak kepada kepercayaan rakyat, namun usaha untuk mencari kebenaran melalui undang-undang sudah dilaksanakan.

Politik Malaysia, Di mana Melayu. 

Ini adalah tajuk untuk kami berbincang sebagai anak Melayu mewakili parti Melayu. 

DAP juga mengadakan banyak forum yang dilaksanakan dengan menggunakan bukan bahasa kebangsaan, dan jangan salahkan Sinar Harian kerana tidak menjemput DAP. 

Fakta Pilihanraya juga menunjukkan DAP meletakan sekelumit calon untuk Melayu dan India.

DAP tidak berhak membicarakan orang Melayu, Cina dan India termasuk Kadazan, iban, muruk dan lain-lain. Kerana DAP adalah parti sosialis yang tidak akan menerima bangsa sebagai kepentingan Negara.  

Kepada Ahli baru DAP ini, sila baca dan faham ideologi DAP.

Sebelum ini, Lim Kit Siang dan seluruh pimpinan DAP membincangkan dan dipertontonkan video saya semasa melawat ibu Pejabat DAP. Setiap lawatan itu sebabnya adalah DAP tidak menghormati Bangsa.

Adab budaya orang timur, kita akan menjaga sempadan Bangsa dan budaya setiap bangsa dalam Malaysia, tidak ada parti lain selain DAP yang terus menceroboh budaya bangsa lain kerana kebencian mereka kepada semangat bangsa.

Sekian.
Razlan Rafii

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget