KL CHRONICLE: Nasib Muhyiddin Dijangka Lebih Teruk Dari Musa Hitam

Monday, August 15, 2016

Nasib Muhyiddin Dijangka Lebih Teruk Dari Musa Hitam


Tun Musa Hitam pernah keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri kerana melantik Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam Kabinet selepas pemilihan UMNO 1984.



Tengku Razaleigh dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, walaupun tewas kepada Musa dalam pemilihan jawatan timbalan presiden UMNO pada 1984.

Tetapi selepas itu, Musa  tidak menganggu pentadbiran Mahathir dan menjaga legasinya dengan baik. Musa hitam juga ada kalanya agak kritis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, namun Musa tidak mahu terseret dengan dengan Mahathir, kerana beliau mengenali siapa Mahathir.

Berbeza dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas dipecat, beliau bersama dengan Mahathir telah menubuhkan parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dengan mengikut acuan UMNO, semata-mata untuk mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tuduhan, tohmahan dan serangan terhadap Najib berterusan dilakukan dan ia bukan sesuatu yang pelik kerana perkara itu pernah dilalui oleh Mahathir sendiri ketika Perdana Menteri selama 22 tahun.

Namun berdasarkan kepada sejarah, parti-parti baru yang diwujudkan selepas pemimpinnya keluar UMNO tidak akan kekal lama. Contohnya adalah pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar.

Beliau menubuhkan parti baru, Parti Ke­merdekaan Malaya (IMP) pada 1951 sebaik keluar UMNO namun IMP hanya bertahan tiga tahun lebih.

Kemudian pada 1954, beliau menubuhkan Parti Negara dan kemuncak kepada kejayaan Parti Negara hanyalah memperolehi satu kerusi di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 1959.

Dato Onn meninggal dunia pada 1962 dan Parti Negara kemudiannya terkubur. Malah ketika beliau meninggal dunia, Dato Onn dikatakan hanya mempunyai wang kurang RM50 dalam sakunya.

Apa yang pasti UMNO sudah berdepan dengan banyak krisis sebelum ini justeru serangan bertubi-tubi untuk menjatuhkan Najib tidak akan berjaya, berdasarkan pengalaman UMNO mengatasinya dan kerana anggotanya sentiasa menunjukkan taat setia yang tinggi.

Apa guna bersama dengan parti baru yang tidak mempunyai perjuangan yang kukuh, hanya menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan.

Tulisan
Beruang Biru
15 Ogos

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget