KL CHRONICLE: Isu #Uber & #GrabCar , "pelawak" Shamsubahrin Ismail kini cuba mengugut SPAD pula

Sunday, August 14, 2016

Isu #Uber & #GrabCar , "pelawak" Shamsubahrin Ismail kini cuba mengugut SPAD pula

Pelawak Shamsubahrin kini ugut akan menyokong parti Muhyiddin Yassin
Shamsubahrin Ismail, nama yang tidak asing lagi dalam industri teksi tanah air kini sekali lagi cuba mencetuskan huru - hara didalam industri apabila beliau mengugut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana berang dengan tindakan kerajaan yang bakal mengesahkan perkhidmatan Uber dan GrabCcar di negara ini. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Shamsulbahrin Ismail ini sangat lucu dan hanya mementingkan diri sendiri. 



Siapa Shamsubahrin Ismail?

Mungkin ramai yang ingin tahu siapa Shamsubahrin Ismail ini. Bagi mereka yang tidak tahu siapa beliau, Shamsubahrin Ismail ini merupakan ahli perniagaan yang telah dijatuhkan hukuman penjara 73 Tahun atas kesalahan "penggubahan wang haram dan menipu" didalam satu kes mahkamah: 

Shamsubahrin was charged on December 30, 2011, with five counts of cheating Mohamad Salleh of RM1.75 million.
According to the charge, the businessman had allegedly misled Mohamad into paying him a consultancy fee of RM2.75 million after telling the victim that he had been asked by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to offer advisory services. 
He was also charged on June 18, 2012, with 17 counts of money laundering. 
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/ex-nfcorp-consultant-gets-73-years-jail-for-cheating-money-laundering#sthash.hh3dKQHQ.dpuf
Lucunya, Shamsubahrin Ismail ini juga menggunakan gelaran "Datuk" dimana dikalangan industri teksi dan media beliau dikenali sebagai Penasihat Big Blue (sebuah syarikat teksi) dan menggunakan gelaran Datuk Shamsubahrin Ismail (Rujuk Malaysiakini) . Namun apabila kami melakukan sedikit siasatan, kami mendapati gelaran Datuk yang diguna pakai oleh beliau menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ini kerana, memetik berita dari Utusan:
Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, dia belum menerima sebarang pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Shamsubahrin, 48, mengakui dia hanya menerima surat pelantikan pada tahun 2009 tetapi tiada sebarang pengurniaan pingat. Pun begitu, dia mengakui telah menggunakan gelaran itu dalam pelbagai urusan termasuk surat-menyurat. 
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140408/ma_04/Shamsubahrin-tidak-pernah-terima-pingat-Datuk-daripada-Sultan-Pahang#ixzz4HIqpW3p9 © Utusan Melayu (M) Bhd 
Oleh yang demikian, nasihat kami kepada Shamsubahrin sudah - sudahlah merosakkan industri teksi di negara ini. Rakyat mahukan perubahan dan kerajaan sedar akan perkara ini. Oleh sebab itu kerajaan bakal membenarkan Uber dan Grabcar beroperasi dengan beberapa syarat yang diperkenalkan bagi melindungi para pengguna. Rakyat Malaysia terutamanya sudah malas dan muak dengan sikap pemandu teksi yang berlagak seperti gangster dan samseng di Kuala Lumpur. 

Pesanan kepada Shamsubahrin, Jika anda tidak mahu berubah, anda akan ketinggalan. Fikir baik - baik. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget