KL CHRONICLE: @drwanazizah terkejut dengan sikap tidak bertanggungjawab @cmlimguaneng

Monday, August 1, 2016

@drwanazizah terkejut dengan sikap tidak bertanggungjawab @cmlimguaneng


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaku "terkejut" dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri (PRN) di negeri itu.

Menafikan PKR menjadi punca pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dibatalkan Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata pembatalan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng demi menjaga kebaikan rakyat negeri itu.



“Huh (reaksi terkejut), sebenarnya benda ini sudah selesai. Kami akan teruskan sahaja seperti biasa. Saya faham apa yang telah dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng).

“Perhubungan dalam Pakatan Harapan akan terus dihargai termasuk pada masa-masa akan datang, yang penting masalah ini sudah selesai sekarang,” katanya kepada pemberita di Bangunan Annex SUK Selangor.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini mengumumkan tidak akan meneruskan rancangan itu kerana tidak mendapat persetujuan daripada PKR.

Menurut Guan Eng, keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pemimpin tertinggi PKR yang meluahkan kerisauan kehilangan banyak kerusi jika ia diteruskan.

Isu tersebut berlarutan ekoran ketegasan PKR untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, sehingga mencetuskan pertikaman lidah secara terbuka antara pemimpin kedua-dua parti itu.

Mengulas lanjut, Wan Azizah turut menafikan PKR bersikap ‘demanding’ (menuntut) sekiranya PRN dibuat di Pulau Pinang.

Katanya, pembatalan pilihan raya awal itu membuktikan pembangkang mempunyai pendirian tetap yang mantap.

“Tiada demand dalam hal ini (merengangkan hubungan PRK dan DAP). Ia menunjukkan kami berpendirian tetap yang mantap serta mengambil kira antara parti-parti yang bersama,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng dilapor membatalkan hasrat mengedakan PRN mengejut selepas PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut ekoran bimbang PKR bahawa pihaknya akan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP sekiranya PRN diadakan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget