KL CHRONICLE: #DemiRakyat Tan Sri Syed Hamid : Budaya #SafetyFirst mampu kurangkan kadar kemalangan jalan raya

Friday, August 12, 2016

#DemiRakyat Tan Sri Syed Hamid : Budaya #SafetyFirst mampu kurangkan kadar kemalangan jalan raya



Hari ini,  Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah merasmikan Program Johor Bus Truck & Components (JBTC) EXPO 2016 mengingatkan para pengguna jalan raya supaya mengikut had laju yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan keselamatan nyawa mereka ketika berada di jalan raya. Peringatan ini diberikan kerana mengikut data kerajaan, jumlah pemandu muda yang mempunyai lesen di negara ini semakin meningkat saban tahun. 

Memetik kata - kata Tan Sri Syed Hamid:



"Mempunyai lesen seawal usia 16 tahun tidak boleh dijadikan ukuran mengukur tahap kesedaran kelamatan jalan raya. Usia muda bukan persoalan tetapi lebih penting kita perlu tanamkan budaya keselamatan jalan raya di negara kita."

Namun, walaupun pemandu muda ini sudah mempunyai lesen yang sah, hasil kajian beberapa badan bebas menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai tahap kesedaran keselamatan jalan raya yang tinggi dan ini merupakan salah satu punca mengapa kemalangan maut di negara ini melibatkan golongan muda dan mereka yang baru sahaja mendapat lesen memandu. 


Malah, melalui "post mortem" yang dilakukan, antara sebba utama kemalangan jalan raya adalah kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan terutamanya melibatkan mereka yang mambawa motosikal. Bagi mereka yang tidak tahu, pemandu motosikal mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya tertinggi di Malaysia dan ini amat membimbangkan biarpun usia mengambil lesen seawal 16 tahun. 

Bagi memastikan masalah ini dapat diatasi,  Tan Sri Syed Hamid Albar telah mencadangkan bahawa:
 "kita perlu bekerjasama dengan agensi MIROS, JPJ untuk adakan dialog pandangan dan latihan kesedaran dan keinsafan di jalan raya. Umpanya kita lihat memakai helmet, ramai yang mengambil ringan memakai helmet seperti memakai songok dan tidak memakai helmet yang diluluskan SIRIM. Ia semua berkaitan dengan budaya kesedaran keselamatan jalan raya."
Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang dicadangkan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar dengan mahu satu kerjasama erat antara MIROS & JPJ bagi menangani masalah ini adalah satu cadangan yang baik. MIROS sebagai sebuah institut kajian keselamatan jalan raya sudah pastinya mempunyai hasil kajian dan cadangan yang baik yang boleh dipertimbangkan oleh pihak JPJ dalam memastikan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Kita tidak mahu lagi anak muda kita menjadi mangsa kemalangan jalan raya hanya kerana mereka lalai dan tidak mempunyai tahap kesedaran keselamatan jalan raya yang tinggi.

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, sudah pastinya kerajaan Barisan Nasional akan memastikan latihan yang mencukupi diberikan kepada anak muda bagi memastikan mereka mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget