KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD perkenalkan 11 langkah pertingkatkan industri teksi

Friday, August 26, 2016

#DemiRakyat SPAD perkenalkan 11 langkah pertingkatkan industri teksi


Umum ketahui bahawa Program Transformasi Industri Teksi (PTIT) yang diumumkan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merupakan satu "game changer" kepada industri pengangkutan awam darat negara terutamanya industri teksi. 11 langkah utama yang dicadangkan oleh SPAD melalui PTIT ini adalah hasil kajian menyeluruh dan mendapat input dari pelbagai pihak terutamanya pengguna dan pemain industri. 



Bagi mereka yang tidak tahu apa itu PTIT, PTIT mempunyai empat (4) teras utama iaitu 
  1. Memanfaatkan penggunaan teknologi.
  2. Meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi.
  3. Meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu teksi.
  4. Menyemak semula kadar tambang teksi.  

Bagi kami di #KLChronicle, point pertama yang menjadi teras kepada PTIT adalah Memanfaatkan penggunaan teknologi. Umum ketahui bahawa kini rakyat Malaysia semakin gemar menggunakan aplikasi e-hailing seperti Uber dan Grabcar untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Apabila ini berlaku, sudah pastinya penggunaan teksi konvensional akan terjejas dan akhirnya pendapatan pemandu teksi juga terjejas. 

Menyedari hakikat ini, melalui TTIP SPAD akan memberi fokus kepada meningkatkann pendapatan serta kebajikan pemandu teksi supaya mereka tidak menjadi golongan yang tertindas akibat kemajuan teknologi melalui aplikasi e - hailing seperti Uber & Grabcar. Ini akan dilakukan dengan 3 cara iaitu:
  1. Menyelaraskan struktur tambang bermeter untuk TEKS1M
  2. Menyelaraskan kadar tambang berdasarkan zon
  3. Membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan aplikasi e-hailing

Ini bermakna, pemandu teksi juga kini akan mempunyai pilihan untuk mengambil penumpang di bahu jalan dan melalui tempahan e-hailing. Oleh itu mereka akan mendapat lebih banyak peluang untuk mendapatkan penumpang kerana pengguna boleh mengambil perkhidmatan teksi di stesen - stesen teksi dan pemandu teksi juga boleh menggunakan aplikasi e-hailing untuk mendapatkan penumpang. Ini merupakan 2 in 1 bagi pemandu teksi dan sudah semestinya ianya akan menguntungkan mereka. 

Namun, sudah pastinya kerajaan dan SPAD tidak akan hanya menaikkan kadar tambang teksi jika tidak ada penambahbaikkan mutu perkhidmatan dari syarikat teksi. Untuk memastikan ini berlaku, SPAD telah menetapkan beberapa syarat kepada syarikat teksi melalui TTIP iaitu:
  1. KPI Wajib Bagi Pengendali Teksi
  2. Mengenakan proses saringan yang ketat
  3. Meningkatkan Piawaian Perkhidmatan menggunakan sistem ‘merit’ dan ‘demerit’
  4. Memperkenalkan program bagi memingkatkan prestasi pemandu teksi

Konklusinya, kami di #KLChronicle berharap semua pemain industri iaitu syarikat teksi konvensional, Uber dan Grabcar dapat bersaing dengan sihat dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Syarikat teksi janganlah menjadi kejam sangat sehingga memberikan harga sewa yang terlalu tinggi kepada pemajak (pemandu teksi) kerana mereka juga hendak mencari rezeki demi anak keluarga masing - masing. Mari besama untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini selari dengan negara - negara maju lain di dunia. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget