KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD akan kaji semula tempoh lanjutan lesen pengangkutan perdagangan

Tuesday, August 16, 2016

#DemiRakyat SPAD akan kaji semula tempoh lanjutan lesen pengangkutan perdagangan















Menyedari bahawa terdapat rungutan dan keluhan dari pengendali pengangkutan perdagangan yang mengatakan bahawa tempoh sah lesen  yang hanya tahan selama dua tahun menyusahkan mereka, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Pengerusi Tan Sri Dr Syed Hamid Albar akan memperhalusi perkara ini dan akan mengadakan perbincangan secepat mungkin. 



Menurut beberapa pengendali pengangkutan perdagangan, proses pembaharuan lesen setiap dua tahun menyulitkan mereka selain membabitkan bebanan kertas kerja dan tempoh pemprosesan yang memakan masa yang lama. Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, untuk menyelesaikan perkara ini satu meja bulat akan diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk isu keselamatan, pengurusan pentadbiran atau mengenai lanjutan tempoh lesen sehingga tujuh tahun.

Bagi mereka yang tidak tahu, sebelum ini Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membenarkan lesen pengangkutan perdagangan dilanjutkan selama 7 tahun namun diteliti semula atas beberapa faktor terutamanya faktor keselamatan jalan raya. Bagi kami di #KLChronicle, pengendali lesen pengangkutan perdagangan wajar memberikan justifikasi yang kukuh mengapa mereka mahu tempoh lesen dilanjutkan. Mereka juga wajar memberikan beberapa jaminan kepada kerajaan bahawa mereka akan memastikan keselematan kenderaan perdagangan mereka. 

Bagi kami, perkara paling mustahak yang wajar diberi perhatian oleh SPAD adalah isu keselamatan dan kami gembira bahawa Tan Sri Syed Hamid Albar juga mengambil berat akan perkara ini. Keselamatan pengguna jalan raya tidak boleh diambil remeh dan SPAD sebagai sebuah Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh kerajaan juga mengambil berat akan perkara ini. 

Terima Kasih SPAD!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget