KL CHRONICLE: Bisik - Bisik Awang Selamat : Analisis Mingguan @PetrajayaMP @cmlimguaneng

Monday, August 8, 2016

Bisik - Bisik Awang Selamat : Analisis Mingguan @PetrajayaMP @cmlimguaneng

Apek sudah kantoi?
"Tiada pihak berkuasa dan negara di dunia ini yang akan meluluskan sebarang projek lebih-lebih lagi yang menelan belanja sangat tinggi hanya melalui permohonan dua muka surat," demikian antara kenyataan Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof baru-baru ini.

Itu antara komen beliau berhubung isu permohonan projek pembinaan jambatan ketiga oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ternyata perkembangan permohonan bagi projek itu bukan sahaja perlahan malah dijangka tidak menjadi kenyataan.



Ini memandangkan Guan Eng seakan-akan bermain wayang dalam isu tersebut dengan beberapa kenyataannya berdolak-dalik dan tidak konsisten serta kegagalan untuk menyerahkan dokumen sokongan dalam masa yang telah ditetapkan.

Seperti biasa, beliau akan mempolitikkan isu itu apatah lagi bagi mengalih perhatian terhadap kes pendakwaan rasuah terhadapnya dan kontroversi satu lagi projek mega pembinaan terowong dasar laut.

Khamis lalu, Fadillah membayangkan permohonan projek jambatan ketiga itu ditutup. Awang angkat topi terhadap ketegasan beliau, yang tidak mahu terperangkap dalam muslihat Guan Eng.

Lagipun, tidak ada keperluan mendesak bagi pembinaan jambatan itu kerana dua jambatan yang ada sudah memadai. Untuk apa ghairah kepada projek mega di negeri itu melainkan memang ada udang di sebalik batu...

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget