KL CHRONICLE: @weekasiongmp bidas @cmlimguaneng #Penang #BungalowScandal

Tuesday, July 26, 2016

@weekasiongmp bidas @cmlimguaneng #Penang #BungalowScandal


Timbalan Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini membidas sikap tidak bertanggungjawab Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang cuba mengheret rakyat Pulau Pinang dalam masalah peribadi beliau. Ini berikutan kenyataan Lim Guan Eng yang mahu mengadakan pilihan raya negeri Pulau Pinang dalam masa terdekat. 



Bagi kami di #KLChronicle, tindakan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng ini hanya merupakan satu perkara yang sia - sia. Perlu diingatkan Lim Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran). Perkara ini merupakan tuduhan rasmi terhadap seorang individu dan bukan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhanya. 

Menyedari bahawa beliau bakal ke penjara tidak lama lagi, desas desus mengatakan objektif utama DAP mahu mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat adalah untuk memastikan Lim Guan Eng dapat meletakkan boneka beliau sebagai calon PRN sekaligus menjadikan salah seorang boneka beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Ini dapat memastikan keluarga Lim terus berkuasa di Pulau Pinang dan dalam parti DAP secara amnya. 

Merujuk kepada persediaan MCA bagi menghadapi PRN Pulau Pinang,  Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengatakan bahawa MCA kini dalam memperkemaskan persiapan dan bersedia bila  - bila masa sahaja jika PRN dipanggil oleh kerajaan DAP. Walaupun tidak bersetuju dengan sebab mengapa PRN dipanggil, namun demi rakyat MCA tetap akan meletakkan calon bagi memastikan parti DAP tidak akan terus berkuasa di Pulau Pinang seterusnya membawa musibah kepada rakyat di negeri ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget