KL CHRONICLE: UMNO Penang Ingatkan @cmlimguaneng jangan libatkan rakyat dalam skandal rasuah peribadi

Monday, July 11, 2016

UMNO Penang Ingatkan @cmlimguaneng jangan libatkan rakyat dalam skandal rasuah peribadi



" Menurut laporan media Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikatakan sedang memperimbangkan cadangan untuk membubarkan DUN supaya boleh diadakan Pilihanraya Negeri berikutan pendakwaan salah laku rasuah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng di Mahkamah."

" Ini adalah suatu cadangan yang akan membazirkan wang rakyat. Adalah tidak wajar berjuta-juta Ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk mengadakan referendum hanya kerana Lim Guan Eng tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan Ketua Menteri walaupun sedang mengahadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah. "



" Pembubaran DUN lebih awal kebiasannya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri yang sedang mengahadapi krisis keyakinan terhadap dirinya. Apakah ada kemungkinan Lim Guan Eng merasakan yang beliau sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari Pakatan dan perlu membubarkan DUN ? "

" Rakyat perlu ingat bahawa yang dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah adalah Lim Guan Eng dan bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang; yang akan dibicarakan nanti adalah Lim Guan Eng dan bukannya Kerajaan Pulau Pinang. "

" Kenapa Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang perlu mengheret rakyat dalam kes rasuah yang sedang dihadapi Lim Guan Eng sedangkan ruang dan peluang luas telah disediakan oleh sistem Kehakiman dan Mahkamah negara untuk beliau membuktikan yang beliau tidak bersalah? "

" Apakah cadangan untuk mengadakan Pilihanraya Negeri lebih awal ini satu muslihat politik oleh DAP dan Pakatan Harapan untuk mengaburi mata rakyat dari melihat kemungkinan salah laku dan rasuah oleh Lim Guan Eng apabila kes dibicarakan nanti ? "

" Apakah Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan takutkan kebenaran yang muncul di Mahkamah nanti bila perbicaraan bermula akan secara langsung menjejas sokongan rakyat terhadap Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Harapan ?"

" Samada bersalah atau tidak Lim Guan Eng yang dituduh melakukan salah laku rasuah dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang ada hubungan perniagaan dengan Kerajaan Negeri akan ditentukan melalui perbicaraan di Mahkamah. Pilihanraya Negeri malah referendum bukan cara untuk menentukan samada Lim Guan Eng bersalah atau tidak bersalah melakukan rasuah."

" DAP sepatutnya memikirkan untuk melantik seorang Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengarahkan Lim Guan Eng untuk bercuti sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai sekiranya DAP betul-betul serius mempertahankan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

" Sekiranya Kerajaan Negeri berasa khuatir atau gusar mengenai tahap sokongan rakyat terhadap Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri sendiri berikutan kes rasuah Ketua Menteri, Kerajaan Negeri boleh mengarahkan Penang Institute untuk menjalankan kajiselidik atau survey di kalangan rakyat Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga boleh meminta "badan-badan Bebas" lain untuk melaksanakannya. "

Terima kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget