KL CHRONICLE: SPAD jawab isu Qistina Express yang masih menjual tiket walaupun operasi digantung

Saturday, July 16, 2016

SPAD jawab isu Qistina Express yang masih menjual tiket walaupun operasi digantung


Semalam, akhbar The New Strait Times (NST) melaporkan bahawa syarikat Qistina Ekspress, yang terlibat dalam kemalangan di Terowong Menora baru - baru ini masih sedang beroperasi walaupun lesen mereka sudah digantung oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sudah pastinya bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal serta proses yang diambil oleh SPAD ini akan mula melompat dan melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan tanpa mengetahui perkara sebenar.



Kami di #KLChronicle telah mengambil inisiatif untuk menyiasat perkara ini dengan terperinci i.e. mengapa Qistina Express masih membuat trip perjalanan walaupun syarikat sudah digantung. Alhamdulillah, Pengerusi SPAD iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar sendiri telah memberi penjelasan tentang perkara ini kepada kami. Memetik kata - kata Tan Sri Syed Hamid Albar:

Mengikut proses itu kita telah memberikan surat tunjuk sebab dahulu. Kita berpuashati bahawa ada sebabnya kita patut menggantung lesen operator (Qistina Express) 
Tetapi operator menjalankan perniagaan menjual tiket in advance. Jadi kadangkala kita tengok lesen dah digantung (Qistina yang penggantungannya berkuatkuasa semalam). 
Dia sudah jual tiket sebelum kejadian. Mereka bukan boleh meramalkan kejadian. Jadi apabila ia digantung perkhidmatan, tiket-tiket yang telah dibeli oleh penumpang, tambangnya akan dikembalikan atau kita bekerjasama dengan TBS untuk letakkan mereka di bas lain.
Diatas adalah penjelasan yang telah diberikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar. Antara point yang perlu dilihat dalam konteks kejadian ini adalah "Syarikat bas menjual tiket secara advance dan kedua  adalah syarikat bas tidak boleh meramalkan bila akan berlaku kemalangan". Oleh sebab itulah terdapat tiket yang dijual SELEPAS tarikh kemalangan seperti yang dilaporkan oleh akhbar NSTP. 

Menyedari hakikat ini, SPAD telah mengambil tindakan sama ada akan mengembalikan tambang penumpang 100% mahupun meminta TBS meletakkan penumpang didalam bas yang lain. Oleh itu, kepada "keyboard warrior" dan juga wartawan dari NSTP, janganlah pandai - pandai mengatakan SPAD tidak buat kerja. Dalam negara kita ada proses dan undang - undang yang kita kena patuhi dan SPAD mengikut segala proses yang ditetapkan. Itu sahaja. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget