KL CHRONICLE: @Razlanrafii : Haramkan Fakkah Fuzz Memasuki Malaysia #NegaraBerdaulat

Sunday, July 3, 2016

@Razlanrafii : Haramkan Fakkah Fuzz Memasuki Malaysia #NegaraBerdaulat


1. Kebiadapan pelawak Fakkah Fuzz yang membuat perbandingan panggilan pencuri di Singapura dan Malaysia dengan gelaran Perdana Menteri amat mendukacitakan kerana ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan kedua-dua negara berjiran ini memiliki hubungan yang akrab semenjak puluhan tahun lamanya.




2. Sebagai pelawak, tentunya ada pelbagai cara dan idea lain untuk membuatkan orang tertawa. Tapi menjadikan pemimpin negara jiran sebagai bahan sindiran, itu adalah tindakan tidak bijak dan matang.

3. Sebagai anak Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) amat terkesan dengan sindiran tak berakal ini dan kami menggesa supaya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil ketetapan mengharamkan Fakkah Fuzz memasuki Malaysia. Negara kita tak sedikit rugi pun sekiranya orang sebegini tidak berada di Malaysia.

4. Nasihat PPUWP kepada Fakkah Fuzz, lihat dahulu masalah serta kekusutan bangsa sendiri di negara sendiri sebelum menghina pemimpin negara kami yang banyak jasanya kepada pelbagai kaum dan bangsa di sini malahan di negara-negara Asia yang lain.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget